Abang rider perlu bersedia, ini maklumat pengambilalihan operasi Foodpanda oleh Grab yang diketahui setakat ini

Oleh AHMAD ISMAIL

Selepas hampir satu dekad bersaing sengit dalam sektor perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan, mungkin kini foodpanda akan berada di bawah kawalan syarikat saingannya, Grab, seperti yang dilaporkan oleh CNA.

Percayakah anda, syarikat yang berdiri di belakang jenama foodpanda, iaitu Delivery Hero, sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian daripada operasinya di kawasan Asia, termasuk Singapura, Thailand, Filipina, dan beberapa negara lain, kepada pihak yang tidak disebutkan.

Walaupun tidak terdapat maklumat yang pasti mengenai syarikat yang mungkin mengambil alih foodpanda, namun ada spekulasi yang menunjukkan bahawa Grab mungkin menjadi pemain utama dalam perbincangan ini.

Dalam laporan awal, disebutkan bahawa nilai foodpanda mungkin melebihi €1 bilion (~RM5 bilion).

Walaupun demikian, pihak Grab belum lagi memberikan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan spekulasi yang telah mengejutkan ramai ini.

Harus ditegaskan bahawa ini bukanlah kali pertama Grab mengambil alih operasi syarikat pesaing.

Pada tahun 2018, Grab telah berjaya mengambil alih Uber Eats Malaysia.

Sekiranya laporan ini terbukti benar, ia pasti akan menjadi satu peristiwa penting di dalam industri perkhidmatan penghantaran, di mana pekerja penghantar dari Grab dan foodpanda akan bekerja di bawah satu payung syarikat yang sama.

Grab bakal mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu pemain utama dalam industri penghantaran makanan dan p-hailing.

Baca:

Heboh Kak Lina Pom Pom ‘undur diri’ dari pentas GV10, rupanya ada ‘plot twist’

Polis ajar kanak-kanak mengaji, ‘hafizah’ jelita dari Serambi Makkah ini tawan hati warganet

Kampung Seri Daik dahulunya indah kini bertukar seram, siap ada kawasan ‘larangan’