Tahun baru 2024 ini mungkin ada yang keliru dengan hobinya sendiri sama ada wajar diteruskan atau tidak.
Umumnya, hobi ini adalah minat yang mendalam dan merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
Kalau makin stres, duit pun banyak keluar malah kerja hakiki terganggu, itu bukan hobi yang patut diteruskan.
Apa lagi kalau hobi tersebut boleh pula buat anda jadi manusia sombong dengan Yang Maha Esa, itu tandanya diri sendiri perlu diperbaiki.
Ikuti 10 makna hobi mengikut pelari Nassry Mardee Ismail yang ditujukan khas buat golongan belia:
Anak muda. Nasihat ikhlas saya tentang hobi.
1. Hobi itu sepatutnya menyeronokkan. Jika ianya makin stres, kamu dah salah.
2. Hobi itu adalah lebihan duit daripada pendapatan. Jika ianya membuatkan kamu jadi miskin, itu salah.
3. Hobi itu dilakukan pada masa kamu yang terluang, jika ianya sampai mengganggu masa kerja hakiki, itu salah.
4. Hobi itu sepatutnya menyihatkan tubuh badan dari segi mental dan fizikal. Jika sampai mencederakan, itu salah.
5. Hobi itu sepatutnya membuatkan kamu bertambah kawan, jika makin berkurangan, ada sesuatu yang salah.
6. Hobi itu membuatkan kamu jadi rajin. Jika makin lama makin malas, ada sesuatu yang tak kena dengan hobi itu.
7. Hobi itu membuatkan kita menjadi lebih yakin dengan diri kita, jika makin anxiety, ada yang tak kena.
8. Hobi menjadikan kita sentiasa bersemangat, jika makin murung, ada yang tak kena dengan diri kita.
9. Hobi itu sepatutnya menceriakan hari kita, jika hobi membuatkan kita sedih, ada sesuatu yang perlu diubah terhadap diri sendiri.
Hobi itu menjadikan kita percaya bahawa Allah lah yang permudahkan segala-galanya. Jika merasa diri itu hebat kerana usaha semata-mata, itu salah yang amat sangat.
Baca:
Dividen KWSP dan nak umum, dijangka lebih tinggi tahun ini
Boleh sewa payung RM2, tak perlu risau berhujan naik LRT, bijak bisnes ini
Masuk 5 bulan serangan Gaza, ramai tentera Israel disahkan jadi gila