Suasana di sebuah kedai roti di Bandar Gaza kembali gembira selepas enam bulan, sejak perang bermula antara kumpulan Hamas dengan tentera Israel.
Ini berlaku kerana bantuan di bawah Program Makanan Sedunia (WFP) telah tiba, membantu menyediakan makanan yang sangat diperlukan di kawasan yang diberi sokongan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Laporan dari badan dunia itu memberi amaran tentang risiko kebuluran jika bantuan tidak diberikan dengan segera di kawasan tersebut.
Semasa memegang beg roti yang baru dibakar, Encik Abdelrahman al-Jadba berkata dia berasa lega kerana dapat memberi makan kepada anak-anaknya.
Dia menceritakan bagaimana sebelum ini dia terpaksa memberi keluarganya roti yang tercampur pasir.
“Kami berdoa kepada Tuhan agar perkara ini berterusan,” katanya.
Serangan Israel di Jalur Gaza telah membuat sebahagian besar kawasan itu menjadi “kawasan terbiar yang luas akibat tindakan manusia” sejak Oktober 2023, selepas tentera Israel bertindak balas terhadap serangan oleh kumpulan Hamas.
Israel sekarang menghadapi tekanan dari seluruh dunia yang semakin meningkat, yang meminta mereka untuk membiarkan lebih banyak bantuan masuk ke Jalur Gaza.
Ini bermula setelah mereka menyasarkan konvoi bantuan pada 1 April lalu, dan menyebabkan kematian pekerja bantuan dari luar negara.
WFP mengatakan mereka telah menggunakan jalan baru yang diselaraskan untuk menghantar bantuan ke utara Gaza. Mereka mengirim lebih daripada 1,300 tan metrik bungkusan makanan dan tepung gandum melalui sembilan konvoi.
“Pada Sabtu (13 April), WFP berjaya menghantar bahan api yang cukup untuk empat, lima hari dan tepung gandum, ke kedai roti di Bandar Gaza untuk menghasilkan 14,000 bungkusan roti setiap hari.
“Ini merupakan penghantaran pertama sejak permulaan perang,” kata seorang jurucakap WFP.
“Penghantaran perlu diulang secara kerap. Kami merancang untuk menambah kiriman kepada tiga lagi kedai roti Bandar Gaza.”
Baca:
Resipi ayam masak hitam terlajak sedap ala majlis kahwin
Penduduk terpaksa ‘hidup’ dengan lalat setiap hari
Dah lama percaya kipas dan ‘air cond’ tak boleh pasang serentak, rupanya ini penjelasan sebenar