Kecoh mesin gedegang IPR jejas makcik jual nasi lemak tepi jalan, ramai tak dapat terima logik pengkritik ini
Satu ciapan di laman X ‘Naratif Rakyat’ yang dilihat cuba untuk menyerang inisiatif mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dilihat hanya mengundang kecaman.
Hal ini memandangkan logik yang digunakan tentera siber itu dalam memburukkan Kerajaan Perpaduan dan lebih khusus lagi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang digelarnya ‘Raja Formula’ sukar diterima dengan akal bijak.
“Setiap paket nasi lemak yang dibeli dari vending machine, kurang satu paket nasi lemak yang dijual makcik tepi jalan.
“Siapalah yang bodoh sampai undi Raja Formula ni?” ciap Naratif Rakyat semalam.
Namun, rata-rata komentar antara lain mengingatkan bahawa mesin gedegang atau layan diri IPR itu diletakkan di tempat awam, kawasan tumpuan atau lokasi yang dilihat mempunyai pembeli berskala besar.
Pemilihan lokasi itu sekaligus tidak menyebabkan persaingan apa lagi menjejaskan pendapatan peniaga nasi lemak secara fizikal di tepi jalan.
Warganet juga berpendapat peniaga masing-masing mempunyai ruang dan platform selain kreativiti untuk memastikan barang jualan laku di pasaran.
“Vending machine tu bukan di kampung. Lagipun orang naik LRT mana ada masa untuk beli tepi jalan.
“Kalau ada jual nasi lemak dalam TikTok online bermakna kuranglah satu bungkus nasi lemak yang dijual makcik di tepi jalan? Apa yang kau mengarut ni?
“Sampai macam ni bodohnya ye sebab takde benda yang dicondemn. Kalau ikut logik kau ni, baiklah rakyat Malaysia tak payah niaga.
“Setiap paket nasi lemak yang dibeli dari Mekdi, kurang satu paket nasi lemak yang dijual makcik tepi jalan. Siapalah yang bodoh sampai biarkan Mekdi bermaharajalela ni?” demikian antara kecaman dan sindiran netizen.
Untuk rekod, program mesin layan diri IPR yang dilancarkan oleh Rafizi pada Mac lalu menyaksikan usahawan terbabit mampu menjana keuntungan lebih RM2,000 dalam sebulan.
Inisiatif tersebut membantu ribuan usahawan kecil terutama golonga muda di kawasan pusat dan pinggir bandar untuk mengubah nasib dan menambah pendapatan sampingan.
Menerusi program tersebut, peserta tidak dikenakan sewa selama dua tahun dan cas elektrik pula ditanggung pemilik tapak atau rakan strategik.
Baca:
Trend NPC pakai kostum The Nun ini memeranjatkan, reaksi Acap pula menghiburkan
Petua nasi himpit ‘kalis’ basi, tak berair dan boleh tahan sampai 3 hari