Malang tidak berbau! Tular seorang lelaki berkongsi pengalaman kemaluannya digigit ular sawa.
Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya, Thanat Thangtewanon sedang menggunakan tandas apabila seekor ular muncul dan menggigit buah zakarnya.
“Saya sedang duduk di tandas apabila tiba-tiba saya rasa ada sesuatu menggigit buah zakar saya, dan ia sangat menyakitkan.
Saya segera bangun dan menarik ular itu dari buah zakar saya,” katanya, sambil bersyukur kerana ular yang menggigitnya tidak berbisa.
Menurutnya, dia percaya ular tersebut masuk ke rumahnya disebabkan oleh musim hujan yang sedang melanda.
Di aplikasi TikTok, seorang pengguna juga berkongsi petua mudah untuk menghalang ular daripada memasuki rumah.
Bahan-bahan:
1. Minyak kasturi
2. Garam kasar
3. Cengkih
4. Kulit kayu manis
Campurkan semua bahan ini dan letakkan di penjuru rumah, seperti di kawasan dapur dan tingkap yang berpotensi menjadi laluan ular.
Menurut individu tersebut, petua ini juga berkesan untuk menghalau tikus.
Sebagai peringatan, jangan bertindak sendiri jika rumah anda dimasuki ular berbisa. Sebaiknya, hubungi bomba atau anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk mendapatkan bantuan dalam menangkap haiwan tersebut.
BACA: Muncul ‘sink hole’ depan balai Polis, 50M dari lokasi Jalan Masjid India