Apa yang pasti filem ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’ tidak bergegar teruk macam Mat Kilau’.
Karya yang menjadi antara filem Melayu terawal edisi 2024 ini elok diberikan sokongan.
Ini antara kelebihan dan kekurangan Pendekar Awang yang dikongsikan Mohd Haikal Isa:
1. Pendekar Awang tiada masalah dari segi permainan sinematografi atau permainan kamera berbeza Mat Kilau yang ada masalah kekacauan ketara aspek ini.
2. Lakonan beberapa pemain pembantu seperti Nadhir Nasar sebagai Tahir, Amerul Affendi (Tobah) dan Amir Ahnaf (Andak) ‘menyelamatkan’ Pendekar Awang.
3. Watak Tahir, adik Awang yang mahir dengan seni pembuatan bom sangat meninggalkan kesan dan boleh memikat perhatian khalayak untuk kekal di kerusi pawagam sampai penamat cerita.
4. Permainan karakter pelakon-pelakon wanita terlibat seperti Sayang (Fazura) dan Siti (Heliza Helmi) serta Besah (Tissa Biani) wajar diberikan pujian.
5. Watak Awang yang diterokai Fattah Amin, kalau diberi sedikit lebih kebebasan untuk Fattah memberikan ‘kick’ terbaik untuk filem kali ini, hasilnya semestinya berbeza dalam karya sentuhan dua pengarah iaitu Sharuddin dan Saiful Reza.
6. Banyak potensi untuk ‘merobek’ jiwa penonton dengan adegan-adegan menitiskan air mata atau membangkitkan semangat cintakan negara, sayangnya itu tidak berlaku dengan jayanya sebagaimana pernah dipaparkan dalam Mat Kilau.
7. Babak yang membuatkan jiwa bak dihunus pisau tajam dalam Mat Kilau seperti Rokiah dibunuh kejam oleh tentera British ketika sarat hamil, tiada dalam Pendekar Awang.
8. Yang ada, hanya babak yang percubaannya membangkitkan semangat bencikan penjajah. Ada yang meninggalkan kesan, namun kadangkala berlalu sahaja seperti ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Baca:
Meminta nak diboikot agaknya, netizen dedah Dunkin’ Donuts promosi donut tema sokong Israel
Ada kelainan jejak Perlis 1 Februari nanti, ini negeri ke-4 wajibkan tulisan jawi