Ada kelainan jejak Perlis 1 Februari nanti, ini negeri ke-4 wajibkan tulisan jawi

Oleh ADINDA

Perlis menjadi negeri ke-4 yang mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan dan papan iklan bermula 1 Februari depan.

Kerajaan negeri paling utara di Semenanjung itu memutuskan semua permohonan baharu untuk papan tanda premis perniagaan dan papan iklan di seluruh negeri itu wajib disertakan dengan tulisan jawi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd. Jalil berkata, arahan itu tidak melibatkan papan tanda sedia ada sebelum tarikh tersebut.

Baca Artikel Penuh