Realtime website trackingweb stats

Kalau jumpa duit syiling tepi jalan, ini sebab ramai sarankan jangan kutip, risau ini yang jadi

Oleh ABDULLAH HAMID

Pernahkah anda terjumpa duit syiling di jalan atau di mana-mana tempat semasa berjalan-jalan?

Apa yang anda lakukan—adakah anda akan mengambilnya atau membiarkannya begitu saja?

Kebanyakan orang menganggap bahawa menjumpai duit syiling terbiar di jalan atau atas lantai adalah petanda rezeki yang baik.

Namun, anda perlu berhati-hati kerana ada risiko terkena sihir atau ilmu hitam jika anda mengambilnya.

Seorang pemuda bernama Dean di Twitter menyarankan agar anda tidak mengambil duit syiling yang terjumpa di depan pintu rumah, halaman rumah, di sebelah kereta, atau tempat-tempat yang tidak diketahui asal-usulnya.

Kalau jumpa duit syiling tepi jalan, ini sebab ramai sarankan jangan kutip, risau ini yang jadi

“Sebagai contoh, jika anda hendak masuk ke dalam kereta dan tiba-tiba ada syiling di atas lantai sebelah kereta, sedangkan semasa anda turun dari kereta, tiada syiling di situ.

“Jika anda keluar rumah dan tiba-tiba nampak syiling di hadapan rumah, jangan terus ambil. Zaman sekarang, orang boleh melakukan sihir dengan pelbagai cara,” catat Dean di Twitter.

Menurutnya, ada yang menggunakan cara khurafat untuk melakukan perbuatan khianat yang boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit akibat sihir.

“Jangan sekali-kali sentuh duit syiling tersebut jika anda tidak yakin dan tidak mempunyai doa atau pendinding diri. Sebaliknya, sapulah dan terus buang,” tambahnya.

Dean juga mencadangkan agar sihir boleh dihapuskan dengan mengamalkan doa daripada ayat al-Quran, berserta campuran limau nipis dan garam kasar.

Seorang pengikut di ruangan komen mengatakan bahawa situasi ini sering terjadi di kalangan peniaga yang bersaing antara satu sama lain.

“Biasanya, sihir ini digunakan oleh peniaga yang dengki terhadap peniaga lain. Jika mereka jumpa duit syiling di kedai, mereka tidak berani mengambilnya. Mereka akan sapu dan buang supaya pelanggan tidak datang,” catat Deen Dang.

BACA: Tip kepada yang suka tidur waktu kerja boleh amalkan pasti menjadi!