Realtime website trackingweb stats

Tip kepada yang suka tidur waktu kerja boleh amalkan pasti menjadi!

Oleh NUR KASIH

Siapa saja yang tidak rasa mengantuk semasa bekerja kan? Mesti ramai yang pernah rasa.

Pada pagi hari, bersemangat untuk mencari rezeki namun selalunya lepas makan tengah hari kita ‘tewas’ dan rasa penat teramat sangat.

Mata seolah-olah tidak boleh ditahan lagi dan sungguh berat seperti mahu saja baring disorong bantal dapat lelap sekejap pun jadi lah kan?

Tapi sekiranya perkara ini berlanjutan, ia akan mengganggu kualiti dan prestasi kerja kita.

Salah satu faktor keberadaan di dalam situasi ini adalah gaya hidup kita sendiri. Zaman sekarang ni ramai di antara kita yang suka tidur lewat.

Tip kepada yang suka tidur waktu kerja boleh amalkan pasti menjadi!

Ada yang terlalu leka melayan media sosial seperti YouTube, TikTok dan sebagainya, ataupun lepak bersama kawan sampai lewat malam.

Mengantuk semasa bekerja adalah perkara yang biasa didengari serta menjadi cabaran kepada kebanyakkan daripada kita terutamanya pekerja-pekerja di office. Kena pula kalau pejabat itu sunyi dan sejuk. Fuhh dugaan betul.

Kalau kita dirumah, mungkin kita boleh tidur seketika untuk hilangkan rasa mengantuk tetapi di pejabat atau di tempat kerja, mungkin tidak sesuai dilakukan. Tetapi kita sebenarnya boleh buat beberapa tips mudah bagi mengatasi masalah mengantuk semasa bekerja ini.

Tips Elak Mengantuk Semasa Bekerja Pasti Menjadi!
Yang suka tidur waktu kerja boleh amalkan 7 tips ini, pasti menjadi!

1. Basuh Muka Guna Air Sejuk Baru Lah Segar Mata

Ambil sedikit masa dan pergi tandas untuk mencuci muka. Sebaiknya, gunakan air sejuk dan sapukan pada muka dan leher bagi menyegarkan semula badan dan memberi tenaga untuk kekal fokus pada tugas-tugas kita.

Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta.

Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk semasa bekerja itu tetapi dengan cara ini, ia dapatlah membantu mengurangkan sedikit rasa mengantuk tu.

Walaupun mencuci muka adalah kaedah yang cepat dan mudah, hendaklah diingat bahawa keperluan tidur yang mencukupi dan rehat yang berkualiti sangat penting.

Ianya adalah petua yang sesuai apabila kita berasa penat sangat di tempat kerja atau apabila perlu menyegarkan kembali tenaga apabila sesi kerja yang panjang.

2. Makan Makanan Ringan Pasti Tak Tersengguk-sengguk

Mempunyai makanan ringan untuk dikunyah semasa membuat kerja juga membantu mengelakkan kita daripada mengantuk semasa bekerja. Makanan seperti gula-gula, asam-masin akan terus membuat kita berjaga, dan chewing gum atau gula-gula getah yang membuatkan mulut kita sentiasa mengunyah pasti dapat menghindarkan rasa mengantuk.

Ada juga kajian yang dijalankan menyatakan mengunyah gula-gula getah dapat membantu meningkatkan konsentrasi.

3. Lakukan Senaman Ringan, Kalau Duduk Je Memang Boleh Tertidur

Selain itu, kita boleh lakukan aktiviti senaman ringan di tempat kerja. Bangun seketika dan buat regangan badan serta bergerak ke kanan, kiri atau berdiri duduk dan ulang dalam beberapa pusingan. Senaman ringan boleh dilakukan dalam tempoh 3-5 minit bagi memastikan kita kembali segar kerana dapat meningkatkan aliran darah.

Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan juga adalah senaman ringan yang boleh dilakukan. Rutin ini dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen di dalam badan kita sekaligus membuatkan kita rasa lebih segar dan hilangkan mengantuk semasa bekerja.

Pastikan oksigen cukup dalam badan barulah boleh buat kerja dengan fokus.

Ini antara 6 senaman di pejabat yang dikongsikan oleh Flex Physiotherapy di YouTube:

4. Dengar Muzik Yang Sesuai, Jangan Sampai Ganggu Orang Lain Pula!

Teknik atau cara ini juga biasa dilakukan oleh pelajar bagi mengelakkan mengantuk ketika belajar atau membuat assignment. Golongan pekerja juga boleh mendengar muzik sesuai dengan cita rasa sendiri bagi mengurangkan rasa mengantuk semasa bekerja.

Muzik atau sesetengah bunyi dapat membantu memberikan rangsangan pada minda, maka tidak salah untuk mendengar ketika bekerja.

Tapi janganlah pula pasang lagu yang mendayu-dayu atau lagu syahdu, risau daripada mengantuk terasa nak tidur terus pula kan. Sekiranya kita pasang muzik terlalu kuat sampai mengganggu rakan kerja yang lain, mungkin boleh pakai headphone atau earphone.

Dengar lagu sambil buat kerja ni secara tidak langsung boleh naikkan semangat juga, ceriakan suasana dan tak lah boring sangat masa buat kerja. Kan vibe tu !

5. Ambil Minuman Berkafein, Confirm Tak Ngantuk Punya!

Kaedah menghilangkan mengantuk semasa bekerja yang paling ramai orang buat, selalunya sebelum masuk pejabat mesti singgah kafe beli kopi dulu kan?

Minuman berkafein mengandungi bahan perangsang yang meningkatkan aktiviti otak dan sistem saraf kita. Selain itu, minuman berkafein turut meningkatkan kemampuan berfikir sekali gus melawan rasa mengantuk.

Selain kopi, teh dan coklat juga turut mempunyai kandungan kafein yang boleh membantu kita mengurangkan rasa ngantuk di tempat kerja. Namun, jangan sesekali mengambil terlalu banyak kafein dalam sehari kerana tidak dinafikan minuman berkafein juga mempunyai keburukan untuk tubuh badan kita.

Boleh rujuk infografik di bawah ni.

Yang suka tidur waktu kerja boleh amalkan 7 tips ini, pasti menjadi!

6. Kalau Tak Minum Kopi, Boleh Guna Energy Shots atau Vitamin Patch

Energy shots merupakan antara minuman diperbuat yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi tetapi juga ada sesetengah jenama mengandungi perangsang berasaskan tumbuhan lain, seperti guarana dan ginseng. yang membantu untuk meningkatkan tenaga kita dalam menjalani kehidupan serta mengelak mengantuk semasa bekerja atau memandu.

Namun, sama seperti kopi, kita tidak disarankan untuk mengambil minuman tenaga ini dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Walaupun kita mungkin terasa lebih segar selepas meminumnya, namun ia juga boleh menyebabkan kita menjadi resah, gementar, pening atau sakit kepala jika diambil secara berlebihan. Jadi, sila minum sekadar yang perlu sahaja ya!

Selain itu, penggunaan vitamin patch juga membantu untuk hilangkan mengantuk semasa bekerja. Vitamin patch ialah cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan tahap tenaga atau kesegaran badan kita dalam satu-satu masa.

Namun, tidak ada lagi kajian dan bukti yang boleh dipercayai tentang vitamin patch ini. Alternatif ni mungkin berkesan untuk sesetengah orang dan mungkin tak pada orang lain tapi tak salah nak mencuba kan!

Peringatan: Sangat penting untuk berunding dengan doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga bagi keselamatan diri.

7. Ubat Paling Berkesan Kalau Ngantuk Sangat: Tidur Sebentar Atau Power Nap

Sekiranya terlalu mengantuk semasa bekerja, ambil sedikit waktu pada waktu rehat dan tidur sebentar atau power nap sekitar 15 hingga 30 minit.

Carilah mana-mana ruang dalam pejabat seperti bilik mesyuarat atau di meja kita sendiri, dan tidur sebentar. Percayalah, badan kita akan lebih segar selepas bangun dan rasa mengantuk akan berkurangan atau terus hilang.

Bagi umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yg asing kerana ia adalah satu sunnah yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung

kepada masa yangg kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur yang dikenali sebagai Qailullah. Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi.

Mengelakkan rasa mengantuk semasa bekerja adalah langkah penting dalam memastikan prestasi yang cergas dan berkualiti. Dengan menggabungkan pelbagai kaedah yang telah diterangkan dalam artikel ini, kita akan dapat mengekalkan fokus dan produktiviti yang tinggi di tempat kerja.

Buatlah salah satu daripada tips-tips yang kami kongsikan di atas ini setiap kali korang rasa mengantuk.

Pilihlah cara yang paling sesuai kepada kita untuk diamalkan semasa bekerja. Setiap individu adalah berbeza, jadi bereksperimentasi dengan pelbagai teknik dan temukan kombinasi yang paling berkesan untuk diri kita sendiri

Baca Lagi:Baru tahu sebab orang cina cepat kaya, ini rahsia yang diamalkan turun temurun