Realtime website trackingweb stats

Kad Pengenalan Rosak? Senang sahaja nak tukar, dah tak perlu beratur di kaunter JPN, cepat siap pulak tu

Oleh AHMAD ISMAIL

Langkah-langkah Penggantian Kad Pengenalan Diri (IC) Rosak secara Dalam Talian.

Baru tahu sekarang kalau IC rosak boleh tukar secara online. Cuma kita tak dibenarkan tukar maklumat dalam IC seperti nama dan alamat.

dan anda kena bagi IC lama masa datang ambil IC baru and bayar RM10.

Korang boleh daftar dulu di MyGOV
[https://malaysia.gov.my/portal/register]

Periksa e-mel, ikut arahan, cipta kata laluan.

Step kedua, masuk ke website
[https://gantianmykad.jpn.gov.my]

Klik password ~

Log masuk dengan IC and password korang tadi.

Then tekan “Mohon disini”

Lepastu, tekan Setuju.

Baca syarat-syarat tersebut sebab penting utk proses kutipan di JPN nanti.

Tekan setuju, then isi semua details. Pilih [Jenis Gantian] dan [Cawangan JPN] yang korang nak kutip MyKad

Next, boleh buat pembayaran RM10 seperti diminta.. Ni kalau IC rosak je tau..

“Jika pembayaran FPX telah berjaya tapi tiada status permohonan, atau permohonan tidak berjaya, harap bersabar”

Lepas dah bayar nanti, akan terpapar benda ni “Dalam Process” then settlee!

Macam mana nak tahu IC dh siap?
Boleh check dekat website ni [https://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/]

Senang je weh, sebelum ni tak tahu boleh buat online. Beria beratur dekat JPN tunggu turn!!

Hmmm lepas ni buat online lepastu datang ambil untuk IC je.

Baca:

Bawa balik sayur selepas hadiri majlis kahwin, cenderahati sihat tapi ada yang ‘tak kena’

Lelaki berkemban di Keretapi Sarong kena kecam, netizen bimbang acara nanti dipandang serong

Kecoh bahasa diguna pada peta laluan LRT di Pulau Pinang, rupanya ada udang di sebalik batu