Realtime website trackingweb stats

Jual dadah dalam live tiktok, 4 individu di tahan Polis

Oleh SHAZLIN AZIZ

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap beberapa individu berkaitan kes dadah.

Yang mengejutkan, individu-individu tersebut dengan selamba menunjukkan dadah dan ‘dapur’ ketika sesi penstriman langsung di media sosial.

Ada yang mula menunjukkan plastik kecil lutsinar yang dipercayai mengandungi barang terlarang. Seorang remaja perempuan dengan bangga menyatakan bahawa dia mempunyai dua ‘serbuk’.

Ini berlaku selepas rakannya mendesaknya untuk menunjukkan ‘kampit’ kepadanya. Dia berkata, “Kampit yang ini ke? Saya ada dua.”

Kemudian, seorang kawan lelaki mereka menyatakan bahawa jika remaja perempuan itu ada kampit, dia pula ada dapur,

Jual dadah dalam live tiktok, 4 individu di tahan Polis

sambil ingin menunjukkan peralatan yang ada padanya. Dua gadis tersebut kemudian bergelak ketawa, dengan salah seorang berkata, “Saya nak batu.”

Ramai yang percaya istilah “batu” itu merujuk kepada syabu, kerana “batu” atau “ais” adalah istilah lain untuk dadah jenis syabu.

Tanpa berlengah, lelaki tersebut terus membuka rakaman video peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah. Dua gadis remaja itu turut menyatakan bahawa mereka perlu berhenti menayangkan sekejap untuk mengelakkan sesi siaran langsung mereka diharamkan oleh pentadbir media sosial.

Kini, empat individu tersebut sedang disiasat oleh polis berkaitan dengan kes serius ini, memandangkan Malaysia memiliki undang-undang anti dadah yang sangat ketat di dunia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin, mengesahkan bahawa pihaknya telah meneliti rakaman video tersebut dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Menurut Harian Metro, Khaw Kok Chin berkata: “Pada masa yang sama, salah seorang individu yang dipercayai terlibat dalam video itu juga telah membuat laporan polis hari ini di Melaka. Polis akan memanggil individu lain yang terlibat untuk membantu siasatan.”

Netizen rata-rata geleng kepala melihat kelakuan mereka, terutama melibatkan perempuan muda yang dikatakan sudah rosak akibat najis dadah. Ada juga yang membayangkan perasaan ibu bapa mereka melihat anak-anak mereka tular kerana perkara sebegini.

Walaupun kandungan serbuk dalam ‘kampit’ tersebut masih belum disahkan, PDRM tetap tegas menyiasat apa sahaja perkara yang disyaki melibatkan barang terlarang.

BACA: Sindiket ‘kaunter khas’seludup warga asing masuk ikut pintu depan negara tumpas