Realtime website trackingweb stats

Jarang bomba puji orang awam – Pemandu lori kontena, bas pun ikut arahan lelaki ini

Oleh ARIF ABDULLAH

Jarang anggota bomba puji orang awam tetapi lain pula apa yang terjadi di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis baru-baru ini.

Pemandu jentera bomba @eklinamit menerusi video dimuatnaiknya di TikTok berkata, beliau menghargai tindakan seorang lelaki membantu kenderaan penyelamat untuk tidak terkandas lama dalam kesesakan kenderaan menuju ke lokasi kemalangan.

Difahamkan, nahas jalan raya itu membabitkan lima kenderaan dan dua keluarga maut.

Jarang bomba puji orang awam - Pemandu lori kontena, bas pun ikut arahan lelaki ini

Menerusi rakaman tular itu, lelaki berkenaan dilihat meminta kerjasama pemandu lori kontena di kiri jalan dan bas di kanannya untuk meminggir ke sisi, bagi memberi laluan kepada jentera bomba itu lalu.

“Anda layak diberi pujian dan tepukan daripada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih dan penghormatan daripada kami,” tertera pada kapsyen video yang dikongsikan itu.

Dalam masa sama, beliau berharap semoga lelaki berkenaan diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

“Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik kamu,” kata @eklinamit lagi.

Rakaman video itu kemudiannya turut menerima reaksi daripada individu berkenaan yang dikenali sebagai Shazaril.

Beliau memberitahu, niatnya hanya untuk membantu apa yang sepatutnya.

Hasil daya usaha Shazaril itu, pasukan penyelamat tiba di lokasi tepat pada masanya serta membantu mangsa kemalangan.

Susulan itu, warga maya turut memuji sifat kesukarelawanan Shazaril sehingga dapat memastikan jentera bomba itu tidak terkandas dalam kesesakan trafik seterusnya mempermudahkan urusan menyelamat mangsa kemalangan.

“Semoga menjadi asbab masuk syurga Allah.

“Kamu letak diri di tempat yang harus dilihat dan dicontohi oleh semua orang.

“Gagah berani. Dalam berpuluh orang yang ada, beliau seorang saja yang sanggup turun bantu.

“Terbaiklah. Jika kita tak boleh menjadi orang yang berada di barisan hadapan, cukuplah kita berada di belakang untuk mempermudahkan urusan.

“Saya mahu kongsi video ini. Biar orang lain pun boleh tengok dan contohi sikap terpuji sebegini,” demikian antara komentar orang ramai.

@eklinamit_ Semoga abg diberikan kesihatan yang baik.dimurahkan rezeki atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.hanya tuhan yang mampu membalas jasabaik kamu 🫡🫡🫡.#abgbomba #fyp #kemalanganjalanraya #abgmotorviral ♬ original sound – musik lite

Baca:

Satu-satunya aplikasi paling efisyen untuk transfer gambar dari fon ke laptop

Takkan nak bayar loan sampai tua, pergi bank dan buat cara ini

Anak mengamuk minta telefon – Jangan reward kelakuan buruk, ini patut ibu bapa buat