Realtime website trackingweb stats

Jangan sampai lebam tunggu lampu isyarat masih merah, rupanya kereta kena berhenti atas ‘sensor’

Oleh FATIN AQILAH

Semua pengguna jalan raya terutama pemandu kereta dinasihatkan memberhentikan kenderaan di atas garisan ‘sensor’ yang terdapat berdekatan lampu isyarat.

Menerusi Facebook CKE JKR Selangor, pengguna perlu berada di atas ‘loop’ sensor bagi memastikan lampu isyarat bertukar warna.

Kalau tidak, sampai ‘lebam’ lampu isyarat masih merah sekiranya ‘setting’ lampu isyarat ‘base on demand’.

Kewujudan dan fungsi sensor itu nampaknya tidak ramai rakyat negara ini tahu seperti dikeluhkan oleh pengguna dikenali sebagai Badrul Hisham.

Beliau memberitahu dirinya pernah dimarahi pengguna kereta apabila diminta memberhentikan kenderaan di atas sensor itu.

Padahal, jelasnya, jika tidak buat begitu, lampu isyarat tidak akan bertukar daripada warna merah kepada hijau.

“Tolonglah, yang guna lampu isyarat di pasar raya CS simpang nak ke Bangi Wonderland, sekiranya lampu merah tu, janganlah takut nak berhenti dekat sikit pada garisan. ‘Kebodohan’ tu menyebabkan orang lain pun kena tunggu sama.

Jangan sampai lebam tunggu lampu isyarat masih merah, rupanya kereta kena berhenti atas 'sensor'

“Cuba rapat sikit ke depan garisan jalan. Dia ada ‘detect’ yang garis hitam tu, barulah lampu akan bertukar hijau. Kalau tidak, tunggulah sampai lebam lampu isyarat tetap merah.

“Saya dah kena banyak kali sebab kereta depan berhenti bukan di garisan lampu isyarat. Sebaliknya jauh dan tegur depan-depan, marah,” kata Badrul lagi.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Saiful Ammar pula berkata, sensor itu tidak dapat mengesan kehadiran motosikal sekali gus pengguna kenderaan lain termasuk kereta perlu berada di atas sensor itu.

“Kalau yang duduk depan tu motosikal, dia tak ‘detect’. Menyumpah aku sampai dua kali giliran lampu tak hijau.

“Buat aduan buang sajalah sensor tu sebab semua laluan pun dah ‘busy’. Sensor gunanya untuk jalan yang tiada kereta. Ini empat laluan sentiasa ada kenderaan,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Aziz Shah memberitahu sensor tersebut hanya akan mengesan kehadiran empat motosikal, berbanding satu motosikal.

“Motosikal kena empat buah atas garisan, baru dia ‘detect’. Naya nak tunggu, dahlah tak ada pokok, panas piang,” katanya lagi.

Baca:

Tak kisah orang cemuh guna kereta lama, Jasmin bahagia Bobob bawa pergi makan cendol

Shila Amzah dan suami digosip nak bercerai, ini komen padu tuan badan

Berbalah di media sosial sampai ‘pejuang Islam’ ugut sihir, sikap lelaki berbaju hijau ini mengejutkan