Realtime website trackingweb stats

Jangan fikir nak ‘sentuh’ Presiden Amerika Syarikat, ini sebabnya seorang lelaki di Utah mati ditembak

Oleh ADINDA

Jangan fikir nak ‘sentuh’ Presiden Amerika Syarikat, ini sebabnya seorang lelaki di Utah mati ditembak.

Ejen FBI menembak mati seorang lelaki yang sedang disiasat kerana melakukan ugutan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Setakat ini, pihak berkuasa AS tidak mendedahkan identiti lelaki itu.

Terdahulu, ejen FBI cuba untuk memasuki rumah lelaki itu yang terletak di Provo, Utah, menurut laporan KSL.

Menurut sumber, siasatan kes lelaki itu bermula pada bulan April lalu dan Perkhidmatan Rahsia telah dimaklumkan pada Jun.

Siasatan mendapati lelaki itu membuat ancaman kecederaan fizikal terhadap Biden.

“Insiden itu bermula apabila ejen khas cuba menyerahkan waran tangkap dan geledah di sebuah kediaman,” kata jurucakap FBI kepada KSL.

Baca:

Medical card pun tak laku di unit kecemasan, lelaki dedah sebab buat ramai terkejut

Rupanya ini Chong Wei cakap sampai isteri menangis teresak-esak

Bahana pengasuh berjiwa binatang, rupanya ini sebab bapa tak sanggup lihat rakaman CCTV