Rupanya ini Chong Wei cakap sampai isteri menangis teresak-esak

Oleh ADINDA

Rupanya ini Chong Wei cakap sampai isteri menangis teresak-esak.

Isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo dilihat menangis teresak-esak ketika mendengar ucapan daripada suaminya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

Chong Wei yang berkongsi rakaman situasi tersebut di Instagramnya hari ini, turut berterima kasih kepada Mew Choo kerana hadir sebagai wanita istimewa dalam hidupnya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik Chong Wei, hatinya menangis apabila menerima video yang dirakam oleh seorang individu memaparkan raut wajah sedih isterinya.

Rupanya ini Chong Wei cakap sampai isteri menangis teresak-esak. Isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo dilihat menangis teresak-esak ketika mendengar ucapan daripada suaminya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

“Seseorang mengambil video ini secara rahsia dan menghantar klip itu kepada saya. Ini adalah video dia (isteri),

semasa saya berkongsi tentang titik terindah dalam kerjaya saya. Saya melihat video ini, serta-merta hati saya remuk dan menangis,” katanya.

Dalam kapsyennya lagi, Chong Wei sempat menitipkan ucapan istimewa buat isterinya sempena Hari Wanita Sedunia.

“Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup apabila saya mempunyai wanita ini (isteri).

“Terima kasih isteri, Wong Mew Choo. Saya hanya lelaki paling bertuah di dunia. Sayang awak sepuluh ribu tahun.

“Kepada semua wanita cantik di seluruh dunia, Selamat Hari Wanita Antarabangsa!,” ucapnya

Baca:

Bahana pengasuh berjiwa binatang, rupanya ini sebab bapa tak sanggup lihat rakaman CCTV

Dilimpahi lebih 10 juta orang, bandar paling tercemar di dunia rupanya tidak jauh dari Malaysia

Sanggup biar belakang tapak tangan digigit labah-labah berbisa, ini alasan budak 8 tahun yang mengejutkan