Realtime website trackingweb stats

Jadual rujukan ibu – ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025

Oleh ARIF ABDULLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan jadual sesi persekolahan dan cuti sekolah untuk tahun 2024/2025 bagi makluman para ibu bapa dan guru.

Menurut jadual tersebut, sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025 akan bermula pada bulan Mac 2024, sementara sesi 2025 akan dimulakan pada bulan Februari 2025, seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Sesi persekolahan yang dijadual bermula pada Mac 2024 ini akan dikategorikan kepada dua kumpulan negeri, iaitu Negeri A dan Negeri B seperti berikut:

Jadual rujukan ibu - ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025

Negeri Kumpulan A

  • Terengganu
  • Kelantan
  • Johor
  • Kedah

Negeri Kumpulan B

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Sesi persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada tarikh seperti di bawah:

Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu): 10 Mac 2024
Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 11 Mac 2024

Takwim akademik sesi 2023 / 2024 sekolah KPM (Kumpulan A)

Berikut adalah lampiran Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B :

Jadual rujukan ibu - ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025

Takwim akademik sesi 2023 / 2024 sekolah KPM (Kumpulan B)

Jadual rujukan ibu - ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025

Jadual rujukan ibu - ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025

Baca:

‘Jangan guna alasan ada kad OKU pulak’ – Pemandu biadap halang ambulans dicari

Pemandu bas gaji hampir RM18,000, ribuan mohon tapi hanya yang kosong ini saja

Jika masih bazir makanan, mereka sudah terpaksa kisar makanan haiwan elak kebulur