Realtime website trackingweb stats

Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum

Oleh ABDULLAH HAMID

Pelakon Norman Hakim minta bekas isterinya, Abby Abadi, untuk berhenti berkongsi tentang isu melibatkan anak mereka, Marissa Dania, di media sosial.

Norman berkata terlalu banyak berkongsi di media sosial boleh menyebabkan kekeliruan.

Tambahan pula, Norman menegaskan bahawa dia tidak terlibat secara langsung dalam isu Marissa seperti yang dikatakan oleh Abby.

Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum

“Istighfar, bawak bertenang. Lagi banyak menulis lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan.”

“Dah habis sini sahaja, lepas iftar sesama sambung sembang. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya.”

Norman berkongsi tentang hal tersebut melalui komen yang dia tinggalkan pada sebuah kiriman terbaru yang Abby kongsikan di Instagram.

Tanpa berdiam diri, Abby kemudian menjawab komen itu dengan mengatakan bahawa dia berasa kecewa dengan tindakan Norman.

“Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi itu orang akan bercerita. Antara kita memang ini yang berlaku pun. Awak memang sangat mengecewakan. Saya penat menyimpan.”

“Kesian anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak. Sekarang mereka sudah besar. Jadi tidak perlu kita berbaik pun tidak apa. Tiada beza.”

Sebelum ini, Abby Abadi mengesahkan bahawa Marissa sudah bernikah dengan lelaki bernama Ahmad Aslam di Thailand melalui temu bualnya bersama Gempak.

Abby juga menceritakan bagaimana anak perempuannya itu ‘hilang’ dan bernikah secara senyap di Thailand bersama Aslam semasa temu bual itu.

Baca:

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar

Tanam sendiri daun bawang ‘confirm’ sedap & manis, boleh petik bila-bila masa

Kelebihan ‘celtic salt’ yang ramai tak tahu, boleh amalkan pada bulan Ramadan elak perkara ini