Realtime website trackingweb stats

Ini tip nak kereta cepat sejuk yang terpaksa ‘park’ tengah panas

Oleh ABDULLAH HAMID

Cuaca di Malaysia kini sangatlah panas, kalau masuk kereta pusing aircond (penyaman udara) paling kuat pun masih terasa bahang.

Tambahan yang jenis letak kereta di bawah terik matahari, nak duduk pun macam cacing kepanasan.

Sudahlah segala benda panas, nak tunggu kereta sejuk tu pun makan masa yang lama, macam duduk dalam ketuhar rasanya.

Rupanya ada cara nak sejukkan kereta dengan cepat, ikuti tip dikongsikan pemilik akaun TikTok @altimatsaujana.

Setiap kenderaan, tidak kiralah ‘upgrade’ atau tidak ada satu butang untuk memastikan udara luar boleh masuk ke dalam (gambar butang di bawah).

MYSumber on X: “1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan …

Ini tip nak kereta cepat sejuk yang terpaksa ‘park’ tengah panas

Sebelum tekan butang penyaman udara tu pastikan tekan atau pusing ke arah simbol di atas dan biarkan beberapa minit hingga bahan mula berkurang.

Selepas itu boleh hidupkan penyaman udara seperti biasa dan kereta lebih cepat sejuk daripada anda hanya buka aircond tanpa memusingkan butang tersebut.

@altimatsaujana Korang selalu parking kereta time tengah panas ? Ini cara betul nak buat. #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelsaujanautama #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #automotive #automotif #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #serviskereta #mekanik #mekaniktiktok #pomen #pometiktok #altimatautogarage #petronasautoexpert ♬ original sound – Altimat Saujana Utama


Ada juga netizen yang berkongsi tip mereka di ruangan komen.

“Buka semua tingkap kecuali pintu pemandu pastu hayung pintu di tempat pemandu tu buka tutup, buka tutup. Tak sampai 10 saat dah sejuk,” komen seorang pengguna TikTok.

“Kalau korang dah buka udara luar tu hati-hati. Pastikan off balik pakai udara dalam. Nanti korang sedut asap debu jalan,” komen pengguna lain.

Baca juga: Cara simpan durian kekal segar setahun, ‘confirm’ tak jadi tempoyak