Setiap kali musim durian tiba, peminat-peminatnya pasti mencarinya dengan rajin.
Ramai yang bersedia untuk memborong sebanyak mungkin durian apabila musim ini tiba, terutama yang telah lama mengidaminya.
Namun, kita perlu berhati-hati kerana mengambil terlalu banyak durian boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan boleh memberikan kesan negatif pada kesihatan.
Jangan bimbang, terdapat empat langkah mudah yang boleh kita lakukan untuk menyimpan durian agar tahan lama, supaya kita dapat menikmatinya lebih lama.
Petua ini dikongsikan oleh Nor Tipah Zakaria di Facebook, beliau memperlihatkan cara-cara penyimpanan durian agar dapat bertahan lama.
Berikut adalah cara-cara penyimpanan durian agar tahan lama:
Sediakan plastik wrap (bungkus) dan bekas plastik.
Buka durian dan ambil sebahagian isinya, kemudian balut atau bungkus dengan rapi menggunakan plastik.
Letakkan isi durian yang telah dibalut ke dalam bekas plastik dan tutup dengan kemas.
Simpan dalam peti sejuk beku (freezer atau chiller).
Tujuan untuk membungkus durian adalah untuk memastikan kualiti rasa dan tekstur isiannya terjaga dengan baik. Dengan kaedah ini, dikatakan isi durian dapat bertahan hingga setahun lamanya.
Apabila ingin menikmati durian, keluarkan daripada peti sejuk dan biarkan isi durian dalam bungkusan itu mencair sebelum dinikmati.
BACA: Patutlah suara sedap, Zayn Malik guna ‘ubat batuk cap ibu dan anak’ untuk jaga suara