Ini tarikan baharu pelancong di Langkawi, ‘confirm’ pengunjung puas hati

Oleh HADI KAMARUDIN

Aktivit berjalan memang disukai ramai tanpa mengira umur.

Lagi best kalau kita dapat pergi berjalan-jalan bersama dengan keluarga tersayang, saudara-mara, atau kawan-kawan.

Dengan cara pergi bercuti boleh membantu kita lari dari rutin harian yang sibuk.

Bercuti, sama ada dalam atau luar negara, di bandar atau desa, membolehkan kita untuk berehat sekejap daripada rutin harian.

Bercuti bukan sahaja memberi kesenangan, tetapi juga membantu meredakan tekanan dan menghilangkan stres.

Ini tarikan baharu pelancong di Langkawi confirm pengunjung puas hati

Di Malaysia, Langkawi semestinya termasuk dalam senarai tempat bagi pelancong mahupun warga tempatan sendiri sebagai destinasi “short escape”.

Bukan hanya itu, pulau itu turut ‘menyajikan’ pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung.

Pada 10 Mac yang lalu, Eagle’s Nest Skywalk telah dibuka kepada orang ramai, menjadi tempat popular yang baru untuk dilawati oleh pelancong yang datang ke Langkawi.

Menurut laman web Langkawi Book, reka bentuknya diilhamkan oleh tugu ikonik Langkawi.

Ia menunjukkan kepala helang besar dan sarang dengan telur yang melambangkan kebebasan dan pencapaian.

Skywalk Sarang Helang yang dilengkapi lantai kaca seluas 38 meter boleh menampung sekurang-kurangnya 300 pengunjung pada satu-satu masa.

Sebelum anda merasai pengalaman berjalan atas Eagle’s Nest Skywalk, korang kena naik kereta kabel dahulu sampai ke puncak tempat tarikan baru tu ada.

Harga tiket ke Eagle’s Nest Skywalk ialah RM68 untuk orang dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak warganegara Malaysia, berdasarkan maklumat dari portal Tours Langkawi.

Bagi pelawat dari luar negara, mereka perlu membayar RM130 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak.

Untuk makluman, Eagle’s Nest Skywalk dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat Eagle’s Nest Skywalk, satu tempat tarikan yang baru di Langkawi.

Baca:

“Tak kelakar la” – Gara – gara sebuah ‘content’ libatkan anak, tindakan pelakon ini dikecam netizen

Mahu tampil bersemuka, Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati?

Mahu tampil bersemuka, Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati?