Realtime website trackingweb stats

Ini rupanya suasana berbuka puasa abang bomba, ramai tabik spring wira merah

Oleh ABDULLAH HAMID

Rakaman video sekumpulan anggota bomba sedang minum semasa berbuka puasa menarik perhatian orang ramai kerana siap bawa jag air lagi dalam trak.

Mereka dilihat tenang sambil berbual dan ketawa semasa dalam trak menuju ke lokasi kecemasan semasa waktu berbuka puasa.

Benarlah menjadi wira merah, mereka sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran mahupun apa jua situasi kecemasan termasuk ketika bulan Ramadan.

Siap bawa jag air ini rupanya suasana berbuka puasa abang bomba ramai tabik spring wira merah

Rata-rata pengguna media sosial memuji kesabaran malah tabik spring pada anggota bomba yang dilihat sukar berbuka puasa tanpa ‘diganggu’ panggilan kecemasan.

“Kasihannya. Nak berbuka ada kecemasan pula. Semoga dipermudahkan segala kesulitan.

“Mereka memang dilatih bersedia bila-bila masa. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

“Suasana wira merah setiap tahun selagi masih begelar fire fighter,” demikian komentar warga maya.

Sementara itu, pengguna Facebook Shahidin Abdul Aziz memberitahu dia pernah sempat tahan trak bomba yang lalu menuju lokasi kecemasan dengan memberikan air lagi dua minit masuk waktu berbuka puasa.

“Saya bagi air yang ada siap bungkus kepada mereka untuk berbuka. Sekarang dah jadi wajib dah saya akan hantarkan 15 bungkus air atau lebih kepada balai bomba.

“Kalau kecemasan masa berbuka, mereka dah ada makanan,” kata peniaga air balang itu lagi.

Baca:

Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU

Malaysia masih sanjung rumput lembu, TMJ tegur pihak berwajib

Lelaki maut, kereta rempuh treler