Ramai tahu mulai 1 Februari lalu, pemandu kereta persendirian boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ.
Langkah ini membawa kemudahan kepada pengguna serta meningkatkan adaptasi terhadap penggunaan digital.
Tambahan menariknya, pembaharuan lesen memandu digital (e-LMM) melalui aplikasi MyJPJ atau kaunter-kaunter JPJ akan diberi rebat sebanyak RM5.
Bagi sesetengah yang mungkin masih belum mahir dengan proses pembaharuan lesen memandu secara dalam talian, ia sebenarnya tidaklah terlalu sukar.
Hanya beberapa langkah sahaja, lesen memandu boleh diperbaharui dalam masa yang singkat.
Untuk pengguna kali pertama, anda perlu memuat turun aplikasi MyJPJ dan mendaftar sebelum memulakan proses pembaharuan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui lesen memandu secara online:
1. Log masuk ke aplikasi MyJPJ.
2. Tekan Pembaharuan Lesen Memandu.
3. Pilih jenis lesen iaitu Lesen Memandu Kompeten.
4. Pilih tempoh lesen: Minima satu tahun, maksimum 10 tahun.
5. Tekan Ya jika memilih mod digital. Jika sebaliknya, tekan Tidak.
6. Bayar menggunakan kad kredit atau debit sahaja. Tekan bayar. Masukkan butiran kad yang diperlukan.
7. Terima lesen memandu baharu anda dalam bentuk digital.
BACA: Ramai mencari bagaimana cara mohon ‘Fleet Card Diesel’, ikuti cara ini pasti lulus