Fleet Card Diesel adalah sebuah sistem subsidi diesel yang telah ditambah baik untuk memastikan kenderaan yang layak mendapat subsidi
Dapat dipantau dari segi penggunaan diesel dan mengelakkan berlakunya ketirisan.
Dengan menggunakan kaedah Fleet Card Diesel, kerajaan mampu mengesan individu yang layak menggunakannya
Dan menghindari penjualan diesel secara haram di kilang-kilang seperti yang sering berlaku pada masa kini.
Jenis Kenderaan Yang Layak Menerima Subsidi Diesel:
1. Kenderaan komersial berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
2. Kenderaan pengangkutan barangan yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
3. Kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres.
4. Kenderaan yang digunakan untuk tujuan pertanian dan perikanan yang berdaftar dengan agensi kerajaan berkaitan.
5. Kenderaan syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Dengan pengenalan Fleet Card Diesel, kerajaan berharap dapat memastikan subsidi diesel hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan mengurangkan penyalahgunaan subsidi ini di pasaran.
Berikut adalah antara jenis kenderaan yang layak untuk menerima subsidi dengan menggunakan Fleet Card Diesel :
– Lori rigit (curtain sider)
– Lori katering makanan
– Lori rigid (hasil pertanian)
– Lori tangki rigid (minuman)
– Lori rigid (kandang haiwan)
– Semi (panel van)
– Lori rigid (kombinasi)
– Bas perkhidmatan bergerak
– Lori rigid (open platform)
– Van perkhidmatan bergerak
– Bas katering makanan
– Lori rigid (perkhidmatan bergerak)
– Van katering makanan
– Lori rigid (sampah)
– Lori rigid (kargo am)
– Lori rigid (luton/kotak)
– Lori rigid (tangki air)
– Lori rigid (refrigerated)
– Lori rigid (tangki tepung)
– Window van
– Panel van
– Lori rigid (minuman botol)
Syarat Kelayakan Fleet Card Diesel
1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.
2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
3. ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleetcard tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
– Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
– Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
– Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
– Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
– Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
– KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
5. Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/pertukaran syarikat minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web : mysubsidi.kpdnhep.gov.my
6. Permohonan tambahan kuota : Borang SKDS-1
Bagi anda yang ingin membuat permohonan tambahan kouta, Borang SKDS-1 ini perlu diisi dengan lengkap dan kemudian hantarkan kepada alamat di bawah ini:
Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel (JKSD),
Bahagian Kawal Selia Petroleum,
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 4 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.
Cara Memohon Fleet Card Diesel
Bagi pemohon baru, anda boleh memohon kelulusan pembelian diesel bersubsidi menggunakan “Multiple Fleetcard“.
Manakala kenderaan dan pertukaran syarikat minyak boleh dilakukan secara online oleh syarikat/individu melalui laman web berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
Stesen Minyak Yang Terlibat
Dikatakan sebanyak 1 juta stok Fleet Card Diesel bakal tersedia di lima syarikat minyak bagi memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.
Syarikat minyak yang terlibat dengan Fleet Card Diesel adalah seperti berikut: Petronas, Shell, Petron, Caltex dan BHP.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0 atau Fleet Card Diesel anda boleh merujuk kepada Pusat Panggilan MySubsidi Diesel KPDN di talian :
Tel: 03-8882 6413
Tel: 03-8882 6758
Tel: 03-8882 6917
Menurut KPDN Laman Rasmi lagi, anda juga boleh terus menghubungi talian mana-mana syarikat minyak yang terlibat dengan Fleet Card Diesel menggunakan pautan yang diberikan sekiranya mempunyai pertanyaan mengenainya :
Petronas
Talian: 1-300-88-8282
Pautan: https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay
Shell
Talian: 1-300-22-8181
Pautan: https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html
Petron
Talian: 1-300-2282-11
Pautan: www.petronfleetcard.com.my
Caltex
Talian: 1-800-88-3168
Pautan: https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/caltex-diesel-government-subsidy-card.html
BHP
Talian: 03-77199499
Pautan: https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/