Realtime website trackingweb stats

Ini cara paling senang bersih tilam tapi malas nak jemur anda boleh buat seorang diri!

Oleh ADINDA

Kebiasaan yang ramai lakukan adalah mencuci cadar tapi jarang tilam dibersihkan,

kalau nipis mungkin senang nak jemur tapi jika saiz tebal nak angkat pun susah.

Tambah yang gemar bersihkan ini adalah mak-mak, mesti tak ada kudrat nak angkat tilam tebal, mahu terjatuh nanti.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook mengenai cara mencuci tilam tanpa perlu angkat dan jemur

tapi pastikan jangan buat masa musim hujan pula.

Ini cara paling senang bersih tilam tapi malas nak jemur anda boleh buat seorang diri!
Cara cuci tilam

Bahan-bahan:

  • Tupperware bulat dan besar
  • Pencuci lantau
  • Sabun pencuci pakaian jenis cecair
  • Pelembut kain
  • Soda bikarbonat
  • tuala kecil
  • penutup periuk
  • tilam kotor

Cara-cara:

Sediakan satu bekas besar tupperware bentuk bulat.

Tuang satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair.

Tambahkan juga satu cawan pelembut pakaian supaya bau harum.

Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.

Ambil tuala bersih dan celup ke dalam bancuhan tadi.

Kemudian balut tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.

Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.

Bila sudah bersih, buka kipas dan tingkap rumah untuk memudahkan permukaan tilam kering.

Selamat mencuba!

Baca juga:Jarang guna tapi nak tahan lama sampai sebulan dalam peti sejuk, ini cara betul simpan cili