Cili digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis masakan di negara ini.
Bagi mereka yang sering memasak, cili adalah salah satu bahan penting yang mesti ada di dapur.
Namun, cili yang disimpan dalam peti sejuk kadang-kadang cepat rosak, menyebabkan pembaziran bahan masakan.
Di TikTok, seorang wanita bernama Nasiha telah berkongsi petua mudah untuk memastikan cili kekal segar.
Menurut Nasiha, petua ini dapat membuat cili tahan lebih dari sebulan di dalam peti sejuk.
Cara-cara:
1. Basuh semua cili dan buang tangkai satu persatu.
2. Kemudin lap cili sehingga kering.
3. Cari sebuah bekas yang bersih, ambil tisu dan letakkan ia di dalam bekas sebagai pelapik.
4. Kemudian masukkan cili ke dalam bekas yang dilapik dengan tisu itu.
5. Jangan lupa masukkan beberapa ulas bawang putih, ia berfungsi sebagai anti fungus dan anti bakteria.
BACA: Baru tahu sebab orang cina cepat kaya, ini rahsia yang diamalkan turun temurun