Realtime website trackingweb stats

Ini cara ‘detect’ penggunaan ChatGPT dalam assignment pelajar

Oleh AHMAD ISMAIL

Sejak laporan mengenai pelajar yang menggunakan ChatGPT untuk menyelesaikan tugasan tersebar, para pensyarah kini berusaha

mencari cara untuk mengesan penggunaan ChatGPT dalam kerja pelajar.

Penyalahgunaan ChatGPT ini menimbulkan masalah kerana ia menyukarkan pensyarah untuk menilai tahap pemahaman sebenar pelajar.

Untuk mengatasi isu ini, para pensyarah boleh mempelajari cara mengesan penggunaan ChatGPT dalam tugasan melalui GPTZero.

GPTZero ialah laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk mengesan sama ada teks dihasilkan oleh manusia atau kecerdasan buatan.

Ini cara 'detect' penggunaan ChatGPT dalam assignment pelajar

Menariknya, GPTZero dibangunkan oleh seorang graduan dari Princeton University.

Aplikasi GPTZero diumumkan pada Januari 2023 dan kini mempunyai lebih sejuta pengguna. Alat ini direka khusus untuk mengesan plagiat yang menggunakan ChatGPT di kalangan pelajar universiti.

Setelah mengetahui tentang GPTZero, mari kita pelajari cara mengesan penggunaan ChatGPT melalui tutorial di bawah.

Cara mengesan penggunaan ChatGPT

1. Lawati laman rasmi GPTZero dengan klik di sini.

2. Kemudian, masukkan teks yang diambil daripada tugasan pada ruangan yang disediakan. Minimum aksara pula haruslah 250 dan ke atas. Selain teks, anda juga boleh menyemak teks berasaskan fail pdf, txt dan docx.

3. Selepas sudah menampal teks pada ruangan tersebut, lalu tanda pada terma dan syarat dan klik pada GET RESULT.

4. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan keputusan sama ada rangka teks yang ditampal itu adalah hasil manusia atau pun kecerdasan buatan. Seperti contoh di bawah, GPTZero berjaya mengesan yang teks disemak itu adalah hasil tulisan sepenuhnya daripada AI.

Untuk makluman, GPTZero ini boleh diakses secara percuma namun dapat versi berbayar yang lengkap dengan beberapa akses ciri tambahan seperti semakan dengan skala yang lebih besar dan sebagainya.

Jadi selepas ini para tenaga pengajar bolehlah melakukan semakan dengan terperinci terhadap tugasan yang diberikan pada pelajar. Dengan ini, masalah plagiat dapat diatasi dengan lebih efektif.

BACA: Wanita minta tips nak masuk hospital seminggu, rupanya penat layan karenah suami