Realtime website trackingweb stats

“Ini Bukit Bintang ke Kandang Binatang” – Wajah Bukit Bintang berubah selepas malam Krismas

Oleh ADINDA

Kegembiraan sambutan perayaan Hari Krismas di Bukit Bintang semalam berubah menjadi keadaan yang kurang menyenangkan apabila banyak sampah ditinggalkan oleh pengunjung dan bertaburan di atas jalan.

Melalui video pendek selama 26 saat yang dimuat naik oleh @zarifhakimi_ di aplikasi X, pelbagai jenis sampah seperti tin, botol minuman, plastik, dan kotak berselerak dapat dilihat bersepah di pinggir jalan dan tengah jalan.

“Ini bukan Bukit Bintang lagi. Ia adalah ‘bukit sampah’,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rakaman video itu juga menunjukkan bahawa ramai orang di tempat tersebut seolah-olah tidak cakna berkenaan sampah yang berselerak di tepi jalan, dan kenderaan yang melintas kelihatan melanggar sampah tersebut.

Rata-rata pengguna internet merasa marah dengan situasi tersebut dan menganggap orang yang membuang sampah di mana-mana sebagai orang yang kurang beradab dan tidak bertamadun.

“Pernah sambut malam tahun baru di sana dan saya menyesal sebab penuh dengan manusia mabuk dan juga sampah sarap. Ada juga yang melakukan gangguan seksual,” komen Hadi.

“Bukit Bintang sekarang penuh dengan warga asing dan juga longgokan sampah. Sangat-sangat sesak dan tidak selamat untuk berada di sana,” tambah Emyra.

Dalam laporan awal Kosmo!, disebutkan bahawa Pavilion Bukit Bintang sesak dengan kehadiran orang ramai akibat cuti panjang selama tiga hari yang bersambung dengan cuti perayaan Hari Krismas.

Baca:

Lipan akan masuk dalam rumah jika ada benda-benda yang dia suka ini

Dah nak masuk tahun 2024, lelaki ini masih guna taktik lama curi tabung masjid, awal-awal dah kantoi

Siap tulis ‘jangan la bagi RM10’ dalam kad kahwin, trend baharu salam kaut