Dalam melakukan perbuatan amal dan kebajikan, ia haruslah dilakukan dengan ikhlas dari dalam hati.
Salah satu petunjuk bahawa seseorang benar-benar ikhlas dalam melakukan kebaikan adalah apabila dia tidak menunjuk-nunjuk tindakannya selepas memberikan bantuan.
Melalui perkongsian di Facebook, seorang lelaki terkejut apabila dia melihat bagaimana seorang jemaah surau menyembunyikan amal sedekah yang dia lakukan.
Lelaki itu menceritakan bahawa dia sedang mengira wang dari tabung surau dan tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping wang RM1 yang dilipat dengan indah.
“Waktu tu tengah kira duit surau, tiba-tiba terjumpa duit seringgit ni berlipat, macam pelik pula tengok. Saya pun cuba buka lipatan duit RM1 tu, terkejut saya apabila lihat apa yang ada di dalam.
“Ada RM50 rupanya, duit seringgit tu dilipat untuk membalut duit RM50 di dalam. Saya rasa orang yang bagi ni dia faham ‘seni’ dalam bersedekah
“Moga tuan atau puan yang bersedekah untuk surau kami ni sentiasa dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat. Ya Allah jauhkanlah kami sifat riyak, permudahkanlan urusan rezeki kami di dunia dan di akhirat kelak.
“Sebagai makluman, sebelum ni selalu nampak orang post pasal lipat duit ni, sekali saya betul-betul dapat jumpa depan mata. Semoga jadi inspirasi untuk kita semua,” kata lelaki itu menutup bicara.
Membaca komen warga maya, ramai yang kagum dan sekarang lebih faham tentang makna sebenar ‘sedekah’.
“Benar-benar menghayati cara bersedekah, amal jariah bukan untuk dipamerkan kepada umum.” – WARGA MAYA
“Bagus jemaah tu, pandai menjaga hati dari riyak. Benar-benar menghayati cara bersedekah, amal jariah bukan untuk dipamerkan kepada umum, ibarat kita memberi dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu.
“Anak saya pernah dapat macam ni, waktu tu dia balik dari solat Jumaat, tiba-tiba ada seorang pakcik bagi dekat dia duit seringgit. Lepas selsesai solat, bila tengok betul, rupanya ada RM50, semoga dimewahkan rezeki pakcik tu.
“Saya sebagai pengira tabung masjid pun ada kisah, pernah terjumpa sampul duit ditulis ‘selamat hari raya’, bila buka sampul tu ada sejumlah duit RM50 yang bernilai RM1,000.
“Tiga hari berturut-turut dapat sampul yang sama, minggu depan pun sama ada lagi. Mungkin orang tu nak bayar niat, semoga murah rezeki dia,” komen sebahagian warga maya.
Baca :
“Bertentangan dengan nilai Islam” – Menteri Agama ulas dialog menantu jahat drama Surat Dari Tuhan
‘Cucuk’ duit rupanya patut kereta lama di petak isi petrol, yang ada perangai begini wajib baca