Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel baru-baru ini terpaksa membuat laporan polis selepas ibu bapanya menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali.
Ini disebabkan dia dituduh menyokong rakan selebriti yang terlibat dalam gerakan #blockout2024.
Tindakan Naim Daniel itu diterima baik oleh model dan pengacara terkenal, Scha Alyahya, yang menganggap ancaman tersebut telah melampaui batas.
Scha, atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Mahadzir Al-Yahya, juga akan mengambil langkah undang-undang sekiranya dia mendapat ugutan yang sama.
“Fitnah-memfitnah, permusuhan, dengki-mendengki, mewujudkan persepsi buruk. Sekarang kan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana-sini.”
“Sekarang kan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana-sini.
“Saya pun tak akan teragak-agak akan mengambil tindakan yang sama bila saya berada di situasi macam ini,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instastory pada Rabu.
Sebelum ini, penyanyi Naim Daniel mendedahkan bahawa beliau menerima ugutan untuk dibunuh serta kata-kata kesat setelah memberikan nasihat kepada netizen yang terlalu berlebihan dalam mengkritik selebriti tempatan.
Sementara itu, Scha juga berpendapat bahawa kempen berkaitan sepatutnya dijalankan dengan cara yang baik dan beradab, sejajar dengan tujuan asalnya iaitu untuk memboikot jenama pro Israel.
“Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang baik, jangan bersifat personal.
“Fitnah menfitnah, permusuhan, dengki mendengki, mewujudkan persepsi buruk… itulah realitinya,” jelasnya.
Sementara itu, pelakon drama Awan Dania, Scha Alyahya, telah kehilangan hampir 100,000 pengikut di Instagram setelah namanya disebut dalam gerakan Blockout2024.
Bukan hanya Scha, beberapa selebriti Malaysia yang lain turut tersenarai seperti Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Dahlia Rizal, dan lainnya juga terdaftar dalam gerakan tersebut.
Ramai pengguna internet telah mulai unfollow dan block akaun media sosial selebriti kegemaran mereka.
Baca:
Mila akui sukar, lepas viral isu cukai LHDN baru datang ‘happy ending’
Awas! Elak kongsi ‘screenshot’ akaun KWSP jika tidak mahu terdedah dengan ancaman ini
Dah berzaman sambut hari ibu, ada yang dakwa bercanggah syarak? Ini penjelasan dan nasihat mufti