Realtime website trackingweb stats

Hafiz Hamidun jadi buruan wanita dari seberang, rupanya ini yang jadi

Oleh FATIN AQILAH

Pernahkah anda merasa stres kerana kucing peliharaan tidak mahu makan?

Apabila dibawa ke doktor veterinar, mereka memberitahu tiada sebarang masalah kesihatan.

Inilah kucing, haiwan yang penuh dengan kerenah dan perangai yang agak misteri.

Salah satu perangai yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan pemilik kucing ialah betapa cerewetnya kucing ketika memilih makanan. Sentiasa ada yang tidak kena!

Tapi, kenapa kucing mempunyai perangai memilih ini? Adakah mereka mengikut kehendak tuan mereka?

Hafiz Hamidun jadi buruan wanita dari seberang, rupanya ini yang jadi

1. Rasa Bosan: Asyik Makan Makanan yang Sama

Jika manusia pun boleh merasa bosan dengan hidangan yang sama, apatah lagi haiwan. Kucing adalah haiwan yang suka variasi. Jika mereka terpaksa makan makanan yang sama setiap hari, mereka mungkin akan bosan dan mula memilih.

Sebagai pemilik kucing, anda perlu menjadi kreatif dengan mempelbagaikan menu yang menyeronokkan.

Tambahkan wet food, pasti kucing anda akan menyukainya!

2. Ada Selera Unik: Cita Rasa Tersendiri

Seperti manusia, kucing juga mempunyai cita rasa tersendiri. Dengan memberikan pelbagai perisa seperti mackerel, ayam, tuna, atau salmon, kucing anda akan menjadi kurang cerewet.

Di pasaran, jenama ProDiet menawarkan pelbagai perisa makanan untuk si comel. Bolehlah dicuba untuk kucing anda.

Jadi, lepas ini, tidak perlu risau jika kucing kadang-kadang memilih makanan kerana itu adalah cara mereka menunjukkan personaliti dan selera makan. Mungkin mereka hanya ingin menjaga keunikan selera mereka!

3. Pemilihan Makanan yang Mengganggu Penghadaman Kucing

Apabila kucing mengalami masalah penghadaman, mereka biasanya akan bertindak balas dengan menjadi agresif atau menolak makanan yang diberikan. Kucing juga akan menunjukkan tanda-tanda lain seperti cirit-birit atau muntah.

Pastikan anda memberi perhatian kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kucing kerana jika berlarutan, ia boleh menyebabkan penyakit seperti jangkitan bakteria pada usus, parasit, dan lain-lain.

Memang bukan mudah untuk membela kucing! Jadi, apakah solusi terbaik untuk menjaga sistem penghadaman si bulus ini?

BACA: Misteri kehilangan pesara Felcra, ini kronologi kehilangan Sabari Baharom