Realtime website trackingweb stats

Misteri kehilangan pesara Felcra, ini kronologi kehilangan Sabari Baharom

Oleh SHAZLIN AZIZ

Misteri kehilangan seorang pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, akhirnya terjawab

selepas penahanan dua suspek yang dikaitkan dengan pembunuhan mangsa.

Menurut laporan, mangsa dipercayai dicampakkan ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra, Kedah, dengan keadaan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Anak mangsa, Muhammad Amir Hakimi, kehilangan kata-kata apabila dimaklumkan oleh polis bahawa bapanya dicampakkan ke dalam sungai tersebut.

“Perbuatan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan, sanggup dia buang ayah dalam sungai.

Misteri kehilangan pesara Felcra, ini kronologi kehilangan Sabari Baharom

“Saya difahamkan ayah juga melayan suspek, yang merupakan seorang kontraktor, dengan baik,” katanya.

Kronologi Kes Kehilangan Sabari Baharom:

Sabari mula dilaporkan hilang sejak malam 3 September lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Baling, Kedah.

Kehilangannya disedari oleh anggota keluarganya selepas telefon bimbit miliknya gagal dihubungi, selain terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang dalam salah satu akaun bank milik Sabari yang dikesan dibuat dua hari selepas kehilangannya.

Ahli keluarga melakukan usaha pencarian, termasuk memohon bantuan di media sosial. Setiap minggu, hebahan dibuat oleh ahli keluarga bagi menjejaki bapa mereka yang hilang.

Pada 4 dan 5 September, sejumlah wang yang agak banyak dari akaun bank mangsa telah dipindahkan ke akaun bank seseorang yang tidak dikenali.

Polis mendapati rakaman CCTV mendedahkan kelibat seorang wanita tempatan yang telah melakukan transaksi pemindahan wang tersebut.

Pada 20 September, anak mangsa dimaklumkan mengenai penemuan Proton Waja yang dinaiki bapa mereka, yang ditemui penduduk dalam keadaan sudah hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik.

Polis kemudian menahan seorang suspek wanita berusia 62 tahun pada 24 September bagi membantu siasatan berikutan terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang milik Sabari yang dilakukan sepanjang tempoh mangsa dilaporkan hilang.

Setakat artikel ini ditulis, bapa kepada tiga cahaya mata itu masih gagal dijumpai dan usaha mencarinya masih diteruskan.

Susulan itu, siasatan yang dilakukan melibatkan kes orang hilang kini dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

baca: ‘Buat apa masuk kalau orang kata saya macam peminta sedekah’ Man Raja lawak tolak pelawaan Sepahtu Reunion