Guru tergamak jual aset sekolah lebih RM70,000 gara-gara ketagih judi online.
Seorang guru di Pangandaran, Jawa Barat tergamak menjual beberapa aset sekolah tempatnya mengajar itu dianggarkan bernilai 237 juta rupiah (kira-kira RM72,182).
Tindakan mengejutkan warga Indonesia itu berlaku gara-gara guru terbabit ketagih bermain judi online.
Ketua Peguam Daerah Ciamis, Soimah berkata, aset dijual oleh guru terbabit adalah perisian, namun beliau tidak memperincikan jenis perisian berkenaan.
“Guru selaku suspek menjual barangan milik SMP Negeri 2 Parigi, Pangandaran, untuk judi online dan mengayakan diri.
“Daripada tindakan individu guru ini, negara mengalami kerugian dan audit telah dilakukan oleh Inspektorat Kabupaten Pangandaran,” katanya.
Malah, guru itu didakwa menjual perisian itu kepada seorang individu dinamakan GS pada 2021, lapor Kompas.
“Wang hasil penyelewengan dengan menjual perisian berkenaan digunakan untuk modal perjudian slot online (dalam talian),” kata Soimah dalam keterangan bertulis semalam.
Kedua-dua suspek didakwa mengikut undang-undang rasuah negara itu. Kes mereka akan dipindahkan ke Mahkamah Rasuah Bandung untuk dibicarakan.
Baca:
Doktor dedah bahaya guna air coway buat susu bayi, siap bagi simptom penyakit dan kaedah rawatan
Jangan ambil jika jumpa syiling bertaburan depan pintu rumah, lelaki dedah taktik sihir zaman moden