Guna bahan semulajadi saja, ini 3 tip mudah lagi murah kurangkan sakit gigi

Oleh HADI KAMARUDIN

Sakit gigi bukan perkara yang boleh dibaca ‘bincang’ sekiranya penyakit itu menyerang.

Namun, kesengsaraan itu boleh dibasmi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi yang jauh lebih mudah diperoleh dan murah.

Ikuti tip dikongsikan Yana Aryana ini selain pentingnya menjaga kesihatan gigi termasuk mengawal penggunaan gula halus berlebihan dalam makanan dan minuman:

TIP KURANGKAN SAKIT GIGI

1. KUNYIT

Guna bahan semulajadi saja ini 3 tip mudah lagi murah kurangkan sakit gigi

Kumur air kunyit jika ada masalah gigi berlubang. Kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.

Kunyit juga dalam masa sama bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.

Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur.

Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi atau gigi berlubang.

2. LIMAU NIPIS

Siapa kata limau nipis hanya boleh dijadikan bahan minuman, masakan, dan cucian semata-mata?

Selain daripada kegunaan-kegunaan tersebut, limau nipis juga boleh bertindak sebagai ubat!

Caranya, potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil lalu diperah jusnya ke dalam bekas.

Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut, lalu titiskan sedikit demi sedikit ke atas bahagian gigi yang sakit.

Berhenti seketika dan ulang lagi setelah 10 minit berlalu sehingga habis jus. Vitamin Cyang terkandung di dalam limau nipis mampu hilangkan sakit gigi yang dialami.

3. TUAM GUNA AIS

Ambil beberapa ketul ais lalu masukkan ke dalam beg plastik. Tuam di atas pipi bahagian gigi yang sakit.

Langkah ini bertindak seperti menggunakan ubat kebas dan mampu meredakan sakit buat sementara waktu.

Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.

Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.

Baca:

Ruhainies disaran ‘sondol’ laki Emma Maembong? Lain macam cadangan netizen

Terbongkar dah rahsia surut bengkak di tengkuk, imam ini rupanya ada cara tampil lebih fit

Lebih setengah juta tuntutan palsu, SPRM tahan anak MB Perlis