Realtime website trackingweb stats

Dinding Mydin Manjoi tiba-tiba runtuh

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kejadian sekitar jam 4.30 petang itu dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa, yang berusia 13 dan 14 tahun, sedang menunggang motosikal melalui kawasan tersebut.

Bangunan berkenaan yang telah ditutup kepada orang awam selepas kebakaran itu dipercayai sedang dalam proses dirobohkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad,

memaklumkan bahawa panggilan mengenai runtuhan dinding diterima pada jam 4.45 petang.

Runtuhan berlaku di bahagian kanan bangunan, berhampiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Ipoh.

Dinding Mydin Manjoi tiba-tiba runtuh

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa dua remaja yang terlibat mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan batu runtuhan.

“Operasi tidak melibatkan kerja-kerja menyelamat kerana ketika anggota tiba di lokasi, mangsa telah selamat dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, operasi di lokasi kejadian tertumpu kepada kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan yang menghalang laluan.

“Operasi digerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya itu tamat pada jam 5.32 petang,” katanya.

Sebagai makluman, kebakaran di pasar raya tersebut berlaku pada 10 Mac lalu sekitar jam 7.09 malam.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian bumbung dan tingkat satu yang menempatkan pakaian, barangan elektrik, dan stor barangan, selain runtuhan dinding di bahagian kanan premis.

Siasatan mendapati tiada unsur pembakaran sengaja yang boleh dikaitkan dengan jenayah.

BACA: Penat hidup menyewa, rancang beli rumah? Ini kiraan tentukan kediaman sesuai dengan gaji