Mulai 1 Februari yang lepas, pemandu kereta persendirian kini boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara dalam talian menerusi aplikasi MyJPJ.
Inisiatif ini memberi kemudahan kepada pengguna dan menyumbang kepada penggunaan teknologi digital yang lebih meluas.
Selain itu, pembaharuan lesen memandu digital (e-LMM) melalui aplikasi MyJPJ atau di kaunter-kaunter JPJ akan menerima rebat sebanyak RM5.
Bagi mereka yang mungkin masih tidak arif dengan proses memperbaharui lesen memandu secara dalam talian, ia sebenarnya mudah dilakukan hanya dengan beberapa langkah sahaja.
Jika anda pengguna pertama kali, anda perlu memuat turun aplikasi MyJPJ dan mendaftar terlebih dahulu sebelum memulakan proses.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui lesen memandu secara dalam talian:
1. Log masuk ke aplikasi MyJPJ.
2. Pilih menu Pembaharuan Lesen Memandu.
3. Pilih jenis lesen iaitu Lesen Memandu Kompeten.
4. Pilih tempoh lesen yang diinginkan, dari satu tahun hingga maksimum 10 tahun.
5. Pilih opsyen Ya jika memilih mod digital. Jika tidak, pilih Tidak.
6. Bayar menggunakan kad kredit atau debit. Tekan butang bayar dan masukkan butiran kad yang diperlukan.
7. Terima lesen memandu baharu anda dalam format digital.
Proses ini tidak memerlukan anda keluar dari rumah, menjimatkan masa dan tenaga anda.
BACA: Teknik rahsia ‘financial freedom’ ramai tak terfikir, kerja makan gaji pun boleh buat!