Realtime website trackingweb stats

Teknik rahsia ‘financial freedom’ ramai tak terfikir, kerja makan gaji pun boleh buat!

Oleh ARIF ABDULLAH

Kebebasan kewangan bermakna tidak terbebani dengan hutang dan memiliki kemampuan untuk hidup secara mandiri dalam menanggung kehidupan yang stabil.

Antara soalan yang sering diajukan dalam topik ini adalah, adakah seseorang perlu menjadi ahli perniagaan yang berjaya atau jutawan

untuk mencapai kebebasan kewangan? Bagaimana pula dengan mereka yang hanya bekerja dengan pendapatan gaji bulanan?

Melalui perkongsian di laman TikTok oleh perancang kewangan, Dr Adam Zubir, beliau memberikan pandangan yang menarik mengenai hal ini.

“Jawapannya adalah ya, kebebasan kewangan itu boleh dicapai walaupun seseorang bekerja dengan pendapatan gaji bulanan. Namun, perlu ada pendekatan yang berbeza,” jelas Adam.

Teknik rahsia 'financial freedom' ramai tak terfikir, kerja makan gaji pun boleh buat!

Jangan hidup mewah

Adam menekankan pentingnya untuk mengimbangi komitmen dengan kemampuan kewangan yang ada. Beliau memberi contoh, “Seseorang yang ingin mencapai kebebasan kewangan dalam 15 tahun, tetapi dia ambil hutang untuk beli kereta dengan tempoh bayaran sembilan tahun. Kereta ini mempunyai kos penyelenggaraan, insurans, dan lain-lain tambahan yang perlu ditanggung. Akibatnya, dia sukar untuk menyimpan wang untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan.”

Pendapatan tidak menentu

Adam juga mengingatkan bahawa menggunakan pendapatan dari sumber yang tidak menentu seperti pekerjaan bebas atau komisyen boleh menjadi satu risiko besar.

“Ini kerana orang yang terbiasa dengan pendapatan yang tidak tetap mungkin akan menghadapi masalah apabila pendapatan berubah,

contohnya apabila tidak lagi mendapat komisyen seperti sebelumnya. Gaya hidup yang mahal yang dibina berdasarkan pendapatan yang tidak stabil boleh menghalang mencapai kebebasan kewangan.”

“Untuk mencapai kebebasan kewangan, kita perlu bijak menguruskan komitmen dan memilih sumber pendapatan yang stabil,” tambah Adam.

BACA: Guna 1 bahan sahaja cuci lantai ‘confirm’ berkilat sampai boleh nampak dosa masa lalu