Realtime website trackingweb stats

Dah tak perlu beratur, guna apps je nak perbaharui lesen, siap dapat rebet RM5

Oleh ADINDA

Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh diperbaharui secara atas talian menggunakan aplikasi MyJPJ, bermula 1 Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa langkah ini diambil untuk mempermudah rakyat umum dalam menggunakan perkhidmatan JPJ secara dalam talian.

“Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara).

“Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital.

“Malah ia menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya pada sidang media, di Shah Alam, hari ini.

Awalnya, beliau bersama timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah, membuat lawatan ke JPJ Selangor di Padang Jawa, Shah Alam.

Anthony juga menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan rebat sebanyak RM5 kepada mereka yang memperbaharui lesen memandu secara digital.

“Mereka yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) semasa pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5.

“Rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Februari sehingga 31 Disember 2024,” katanya.

Anthony menyatakan bahawa inisiatif ini digunakan bagi mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ, atau rakan niaga JPJ termasuk Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad.

“Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas, permit jangka masa panjang, Kad MyKAS atau Kad MyPR,” katanya.

Baca:

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 ‘selebriti fitnah’ wajib rakyat sedari

Macam borak dengan geng lelaki – Dr. Say versi bertudung ini cool dan kelakar

Tak perlu beli di kedai, buat sendiri cendawan celup tepung guna air fryer