Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 ‘selebriti fitnah’ wajib rakyat sedari

Oleh ABDULLAH HAMID

Punyalah membenci ada yang tergamak menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Dajjal’.

Dia antara 7 ‘selebriti fitnah’ peracun masyarakat yang menyemai bibit-bibit permusuhan dan kebencian hanya kerana mahu berebut kuasa politik.

Para penghasut dan kaki fitnah ini bersungguh mahu menumbangkan kerajaan MADANI termasuk sanggup ‘menunggang’ elemen seks bagi melariskan kejahatan mereka.

Gerombolan pempengaruh dan tentera siber pembangkang pula sepanjang tempoh genap setahun PMX mengemudi Kerajaan Persekutuan agresif memainkan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R).

Banyak video TikTok yang memfitnah Kerajaan Perpaduan tersebar di platform TikTok mencemari pemikiran rakyat terutamanya golongan muda dan remaja.

Ini 7 ‘ikon’ kaki fitnah dan penyebar berita palsu yang dipercayai geng pembangkang sepanjang 2023:

1. Raja Petra

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 'selebriti fitnah' wajib rakyat sedari

Layak digelar ketua kaki fitnah sepanjang tahun 2023, Raja Petra tiba-tiba bicara tentang Islam. Dia bahkan digelar Raja Fitnah tetapi diangkat dan dipuji walaun.

Raja Petra sudah sampai tahap membandingkan keadaan dirinya dengan penghijrahan Nabi Muhammad.

Dia mengaku ikut sunnah Rasulullah dan berhijrah ke England. Padahal, Rasullullah berhijrah untuk berdakwah sebaliknya Raja Petra pula berhijrah untuk menaburkan fitnah.

Raja Petra ‘lari’ meninggalkan Malaysia kerana kalah dalam dua kes saman. Mahkamah mengarahkan dia perlu bayar RM600,000 kepada Lim Guan Eng dan RM300,000 lagi kepada Shafee Abdullah.

Jumlah saman dihadapinya hampir RM1 juta. Mana berani dia nak terus tinggal di Malaysia sebab itu dia ‘berhijrah’ ke England.

Apapun, rancangan fitnah PN dan Raja Petra gagal untuk menjatuhkan kerajaan PMX.

2. Papagomo

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 'selebriti fitnah' wajib rakyat sedari

Tahun 2023 menyaksikan Papagomo tiba-tiba jadi idola walaun sesuai dengan ‘jawatannya’ sebagai Timbalan Fitnah.

Saman fitnah dihadapinya tidak berkesudahan. Malah, Papagomo ‘gigih’ menyerang Perdana Menteri.

Menerusi video ‘live’ berdurasi satu jam 32 minit 50 saat pada 16 Disember lalu, dia selamba membayangkan Anwar menghidap AIDS dengan hanya ‘menyusun kembali’ singkatan DSAI.

Akibat video “DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS” yang telah dimuat naik di channel YouTube ‘Sir Azri’, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris kemudiannya disiasat polis.

Dulunya, lelaki ini hanya sempat dua tahun bertugas sebagai anggota polis berpangkat konstabel selepas terlibat dalam kesalahan jenayah.

3. Ratu Naga

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 'selebriti fitnah' wajib rakyat sedari

Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah memang dikenali sebagai penyedia kandungan pro PN. Tidak keterlaluan untuk tahun 2023 ini, dia boleh dianggap sebagai ‘ketua wanita fitnah’.

Tahun 2023 ini, Ratu Naga dilihat cuba untuk menimbulkan persepsi jahat terhadap Dr Wan Azizah apabila memanipulasi gambar dari Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke UNGA ke-78 di New York, Amerika Syarikat, pada 21 September lalu.

Kononnya isteri PMX sokong Israel padahal itu adalah sesi penggambaran isteri-isteri ketua negara yang hadir semasa pembukaan Perhimpunan Agung PBB ke-78 ketika itu.

4. Chegubard

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 'selebriti fitnah' wajib rakyat sedari

Tak habis habis dengan fitnah jahat, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin istiqomah menghimpun dosa.

Dia yang dulu dilabel geng kartel dalam PKR tergamak melemparkan fitnah dan tuduhan jijik apabila menggelar Perdana Menteri sebagai ‘Dajjal’ dalam ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 26 November lalu.

Sebelum itu, pada Julai lepas pula, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi telah membuat satu laporan polis terhadap Chegubard.

Turut dipetik nama mereka ialah Wan Saiful Wan Jan dan Raggie Jessy Rithaudeen kerana mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan-kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap PMX berhubung kediaman peribadi beliau di Sungai Long, beberapa kenderaan yang digunakan serta aset-aset lain.

Chegubard juga akan diheret ke mahkamah dalam masa terdekat selepas membuat tuduhan kononnya wujud unsur rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Berjawatan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, dia dilihat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.

Dia juga didakwa memfitnah Nurulhidayah Ahmad Zahid kononnya anak perempuan sulung Timbalan Perdana Menteri itu diberi duit yayasan RM17.9 juta untuk beli hotel di Bali.

Malah, pada Mac lalu, dia yang menganggap dirinya pejuang rakyat marhaen mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui Hannah Yeoh dengan gerakan Kristian Evengelist.

5. Salim Iskandar

Ada tergamak gelar PM sebagai ‘Dajjal’, ini 7 'selebriti fitnah' wajib rakyat sedari

Obses dengan ‘planta’, fitnah Salim Iskandar sampai tahap buat “pendedahan eksklusif” daripada seorang “hamba Allah” tentang apa yang berlaku di Penjara Sungai Buloh.

Namun, semakan Harapan Daily hari ini mendapati video itu telah dikeluarkan oleh pihak YouTube.

Gara-gara terdesak nak salahkan kerajaan PMX, Salim buat fitnah lagi kononnya bil TNB daripada kenalannya “makin melampau berkat dari kerajaan MADANI”

Namun, cubaan cerita palsu oleh Salim aka ParpuKari pada Jun itu ‘kantoi’ hinggakan pihak TNB meninggalkan tanda pagar tidak pasti jangan kongsi.

Semakan TNB pada nombor akaun tertera mendapati bacaan tarif elektrik bagi pengguna itu secara purata adalah RM500 sebulan.

6. YB Viral

Pempengaruh pujaan penyokong PN ini kerjanya mencarut dan memaki hamun di Tiktok. Mempunyai pengikut yang ramai di TikTok, dia layak dianggap sebagai ‘Ketua Pemuda Fitnah’.

Menganggap dirinya wakil rakyat, dia menggelar ‘Rafizi Menteri Paling Bodoh’.

Rafizi kemudiannya mengemukakan jemputan kepada YB Viral untuk bersemuka dengan beliau dalam sesi podcast ‘Yang Bakar Menteri’ pada 8 Januari depan.

7. Meong Killa

Sembang garang di TikTok live, lelaki berambut panjang yang diikat ini dianggap adik beradik dengan Ratu Naga lantaran wajah mereka yang mirip.

Dalam satu video, kelihatan Ratu Naga memakaikannya baju-T tertera logo PN dalam satu kempen pilihan raya.

Meong Killa kemudiannya dikatakan kena siasat polis selepas mengugut akan menggunakan pihak PDRM apabila “cukup hari kemenangan” PN untuk mengangkut “budak-budak kerajaan” masuk ke penjara.

Dia juga kononnya ada bukti bahawa tentera siber di pihak kerajaan mendapat elaun sehingga RM5,000.

Ekoran dakwaan Meong itu, rata-rata penyokong PN menganggap patutlah penyokong Kerajaan MADANI “sanggup maki ulamak”.

Selain itu, Meong juga menuduh individu yang telah tampil jadi saksi menafikan wujudnya isu ‘planta’ seperti dicanang oleh Salim Iskandar kononnya telah dibayar.

Baca:

Macam borak dengan geng lelaki – Dr. Say versi bertudung ini cool dan kelakar

Tak perlu beli di kedai, buat sendiri cendawan celup tepung guna air fryer

Ni kes naya, kereta Bezza baru keluar showroom dah rosak enjin, puncanya pula memang lawak