Realtime website trackingweb stats

Dah macam cerita Doraemon, heboh penyembur udara Jepun ini mampu halau tenaga negatif

Oleh NURAIMAN

Kalau kita menonton animasi Doraemon, pelbagai alat menarik dan hebat yang dikeluarkan dari poket robot kucing dari abad ke-22 itu untuk membantu rakannya, Nobita.

Begitulah yang berlaku pada sebuah syarikat di Jepun apabila mencipta sejenis penyembur udara.

Kononnya, alat itu mampu membuang tenaga negatif daripada kehidupan seseorang sehingga heboh diperkatakan dalam masyarakat negara Matahari Terbit itu.

Penyembur yang dinamakan ‘Okiyome Shipo Spray’ (semburan garam) dan berbau wangi itu dicipta oleh syarikat Oisesan.

Dah macam cerita Doraemon, heboh penyembur udara Jepun ini mampu halau tenaga negatif

Lapor laman berita Sora News, walaupun penyembur itu pada asalnya dicipta bertujuan menjauhkan tenaga negatif, ia kemudian digelar ‘semburan kematian’ selepas pelanggan meninggalkan ulasan menarik.

Seorang pengguna mendakwa, apabila dia menggunakan semburan itu di tempat kerja toksik, syarikat itu kemudiannya muflis.

Seorang lagi pengguna berkata, rakan sekerjanya yang menjengkelkan telah dipindahkan apabila dia menyemburnya di atas meja mereka.

Rupa-rupanya lebih banyak jenis penyembur udara diperkenalkan oleh Oisesan termasuk semburan untuk mencari jodoh.

Baca:

Sumber protein yang dipandang remeh, ini fakta dan mitos mengenai telur wajib anda tahu

Sanggup tinggalkan lesen memandu di rumah, rupanya ini punca wanita Thailand sanggup langgar peraturan trafik

Lagu ‘Nadi’ buat Siti Nurhaliza menitiskan air mata, rupanya ada kaitan dengan Aafiyah