Kecoh pula wanita di Thailand apabila ramai sanggup meninggalkan lesen memandu di rumah hanya semata-mata rela untuk didenda melanggar peraturan lalu lintas.
Reaksi ‘nakal’ itu muncul gara-gara imej seorang pegawai polis trafik yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Jabatan Trafik Balai Polis Bandar Phitsanulok.
Mereka memuji wajah kacak pegawai beruniform itu sehingga ada yang berseloroh rela ‘ditangkap’, memetik portal berita Asean Now.
Tidak kurang juga bertanyakan masa syif pegawai itu bertugas.
Tambah menghangatkan keadaan apabila pentadbir laman media sosial jabatan trafik itu membalas pula usikan warganet.
“Nampaknya tiada siapa akan membawa lesen memandu lagi,” menurut admin di laman Facebook jabatan tersebut.
Menerusi perkongsian di media sosial itu, pegawai yang mencuri hati ramai wanita di Thailand itu sedang bertugas.
Terpampang kapsyen pada imej itu, “Boleh saya pimpin awak?” berserta tanda pagar seperti #memandu dengan berhati-hati #pakai topi keledar dan #polis trafik di Phitnulok.
Tidak hairanlah hantaran itu mengundang komen ‘nakal’ wanita termasuk meminta pegawai berkenaan menjadi teman mereka.
Baca:
Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji dan bonus, besar juga jumlah yang Ceupacs cadang
Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan
Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia