Realtime website trackingweb stats

Dah macam bandar terapung, siap ada air terjun, kenali kapal persiaran terbesar dunia ini

Oleh ADINDA

Dah macam bandar terapung, siap ada air terjun, kenali kapal persiaran terbesar dunia ini.

Kapal persiaran terbesar dunia, Icon of The Seas yang lima kali ganda saiz Titanic dengan kelengkapan seakan bandar terapung, selesai membuat pelayaran percubaannya minggu lalu.

Menurut Daily Mail, kapal persiaran gergasi berharga 1.5 bilion pound (RM8.9 bilion) itu dibangunkan oleh jenama perkapalan mewah, Royal Carribean International yang berpangkalan di Norway.

Paling menarik, Icon of The Seas dilengkapi taman air di atas kapal terbesar di dunia yang turut menampilkan enam gelongsor besar, tujuh kolam renang dan sembilan pusaran air.
Dah macam bandar terapung, siap ada air terjun, kenali kapal persiaran terbesar dunia ini. Kapal persiaran terbesar dunia, Icon of The Seas yang lima kali ganda saiz Titanic dengan kelengkapan seakan bandar terapung, selesai membuat pelayaran percubaannya minggu lalu.

Direka bentuk untuk menarik minat golongan muda dan mereka yang berkeluarga, pelbagai kemudahan aktiviti riadah seperti dinding panjat tebing, laluan berhalangan, arked permainan dan bar karaoke turut disediakan.

Selain itu, terdapat juga pentas persembahan dikenali sebagai AquaDome, 40 tempat makan, padang golf mini, air terjun dan gelanggang ais.

Kapal berukuran 365 meter dengan berat sekitar 250,800 tan itu mampu memuatkan sehingga 7,600 penumpang bersama dengan 2,350 anak kapal.

Kabinnya dilengkapi sebuah ‘rumah bandar’ tiga tingkat dengan mempunyai gelongsor merah dari atas ke bawah yang akan membantu penumpang turun tanpa perlu menaiki tangga.
Dah macam bandar terapung, siap ada air terjun, kenali kapal persiaran terbesar dunia ini. Kapal persiaran terbesar dunia, Icon of The Seas yang lima kali ganda saiz Titanic dengan kelengkapan seakan bandar terapung, selesai membuat pelayaran percubaannya minggu lalu.

Menurut Royal Caribbean International, pelayaran itu selesai melakukan ujian laut pertamanya di Turku, Finland melibatkan lebih 450 pakar selama empat hari.

Kapal itu dilaporkan perlu melalui pusingan kedua ujian laut akhir tahun ini, sebelum memulakan pelayaran sulungnya yang dijadualkan di Miami pada Januari tahun depan.

Baca:

Ingat budak dakwah mana tadi rupanya lelaki India nyanyi lagu nasyid, siap hafal lirik lagi

3 bulan terkandas di laut, lelaki dengan anjing ini dah macam kisah ashabul kahfi

Hati hati dengan AI, nampak canggih tapi scammer