Pelik tapi benar. Seorang pekerja di sebuah kedai bahan binaan sudah tiga tahun ketagih makan simen.
Hairannya, lelaki di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia itu mengakui selera luar biasanya itu tidak menyebabkan dia sakit atau mengalami masalah penghadaman.
Boleh pula kalau dia sedang berkerja, dicampurkannya buah-buahan yang disediakan di tempat kerjanya dengan simen sebelum ia dimakan.
Lapor laman berita SindoNews, Haris Daeng Ngalle juga gemar mencampurkan simen ke dalam air minumannya untuk diminum.
Bagaimana Haris Daeng Ngalle yang tinggal di daerah Pattallassang terjebak dengan tabiat pelik obseskan simen itu?
Katanya, kali pertama dia makan simen adalah ketika terperangkap di dalam gudang yang penuh dengan habuk dan simen.
Sejak itu, Haris seronok menghidu habuk dan cuba makan simen di gudang.
“Rasa simen memang sedap, sampai sekarang saya ketagih,” kata Haris yang masih sihat dan terus bekerja di Kabupaten Takalar.
Baca:
Lelaki berkemban di Keretapi Sarong kena kecam, netizen bimbang acara nanti dipandang serong
Kecoh bahasa diguna pada peta laluan LRT di Pulau Pinang, rupanya ada udang di sebalik batu
Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali