Dapur gas yang kotor menjadi masalah yang biasa terutamanya buat ibu – ibu yang selalu memasak di rumah.
Namun, bagi mereka yang merupakan seorang yang mementingkan kebersihan, perkara itu menjadi satu masalah yang luar biasa kerana ia boleh menyakitkan mata.
Namun, ada juga yang memandang kebersihan dapur sambil lewa kerana bagi mereka kotoran susah ditanggal.
Malah, ada yang sudah penat membersihkan dapur kerana guna apa jua pencuci tetap tidak berkesan untuk menghapuskan kotoran degil!
Jangan risau, ini cara cuci dapur gas kotor, hitam dan berkerak, guna 5 bahan yang sudah sedia ada di dapur.
Bahan:
- Cuka
- Baking soda
- Tisu
- Berus lembut/span
- Kain bersih
Cara-caranya:
1. Mula – mula gunakan kain bersih yang dibasahi air untuk menghilangkan kotoran degil di atas permukaan dapur
2. Kemudian, tuang dan sapu cuka di seluruh permukaan dapur gas.
3. Buat langkah itu di keseluruhan permukaan dapur yang kotor dan biarkan selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit, tanggal semua lapisan tisu dan lap sampai kering (anda dapat lihat kesan karat dan kotoran melekat pada tisu tersebut).
5. Teruskan mencuci dapur gas dengan menaburkan baking soda pada keseluruhan permukaannya.
6. Tuangkan sekali lagi cuka dan gosok dengan span atau berus lembut di segenap ruang permukaan.
7. Lakukan proses penyentalan sehingga segala kotoran tertanggal.
8. Lapkan dengan kain bersih sehingga betul-betul kering dan anda akan dapat lihat perubahan yang bersih dan berkilat.
Selamat mencuba ibu – ibu semua!
Baca:
‘Perodua wajib ganti kereta baharu’ – Enjin ada gula, ini nasihat peguam yang semua wajib tahu
‘Mengamuk macam orang kena rasuk pukul 1 pagi’ – Yana masuk wad pasal perangai anak