Bantal adalah pelapik yang membuatkan kita dibuai mimpi indah. Ada sesetengah orang yang tidak boleh tidur tanpa ‘bantal busuk’ mereka.
Namun, tahukah anda bahawa bantal juga boleh menjadi sarang kotoran tanpa kita sedari?
Jika tidak dicuci secara berkala, bantal boleh menjadi tempat pembiakan minyak, kotoran peluh, debu, habuk, dan kuman.
Akibatnya, bantal boleh bertukar warna dari putih kepada kekuningan atau lebih teruk lagi, berkerak jika tidak dibersihkan.
Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan, terutama kerana bantal digunakan setiap kali kita tidur.
Putihkan Semula Bantal Busuk Yang Kekuningan
Salam lemonista semua. Hari ini, Lea melakukan aktiviti di rumah seperti menyusun barang untuk balik raya dan sempat menyental bantal tidur yang sudah mula penuh dengan kesan air liur dan rambut basah.
Kesan kuning pada bantal disebabkan oleh peluh kepala, rambut basah, dan air liur basi. Lama-kelamaan, bantal boleh jadi kuning seperti peta minda, yang agak geli.
Kotoran ini juga boleh menyebabkan kulit muka naik jerawat jika bantal terlalu kotor. Hari ini, Lea akan berkongsi cara untuk menyental bantal. Jom lihat caranya.
Cara Cuci Bantal dan Hilangkan Kuning
Campurkan air dalam sebaldi dengan 2 scoop detergen wangi, kemudian tambahkan 1 scoop cuka. Kenapa cuka? Kerana cuka bertindak sebagai pembasmi kuman.
Kacau campuran tersebut dan gunakan berus untuk menyental bantal sehingga kesan kuning hilang.
Setelah itu, perah bantal secara manual menggunakan tangan. Jemur bantal di bawah sinar matahari terik. Matahari bagus untuk memutihkan pakaian dan fabrik putih. Jadi, selepas petang, bantal anda akan nampak lebih putih.
Jangan malas untuk mencuci bantal jika anda mahu kulit yang cantik dan tidur yang nyenyak.
BACA: Kalau tiada ilmu, silap-silap boleh jatuh haram, ustaz perjelas kes 2 imam dalam 1 masjid