Bunga Turnera kuning ‘penyelamat’ tumbuhan dari serangan serangga? Ini penjelasannya

Oleh FATIN AQILAH

Menanam bunga adalah satu aktiviti yang menarik untuk orang yang suka dengan kecantikan tumbuhan.

Ada juga orang yang percaya bahawa menanam bunga boleh membantu mengurangkan tekanan dan memberikan ketenangan serta kepuasan.

Namun, menanam bunga tidak hanya untuk kesihatan atau untuk menghias tempat-tempat tertentu.

Ternyata, ia juga berguna dalam pertanian kerana terdapat beberapa jenis bunga dapat menarik serangga perosak daripada merosakkan tumbuhan lain di sekelilingnya.

Seperti yang kita tahu, serangga-serangga perosak itu macam pembunuh diam-diam yang boleh bahayakan hasil tanaman pertanian dan akhirnya menyebabkan kerugian besar.

Bunga Turnera kuning penyelamat tumbuhan dari serangan serangga Ini penjelasannya

Maka, kita kena pantau betul-betul serangga-serangga ni kalau nak elakkan pokok-pokok kita rosak di sawah padi, kebun, atau ladang.

Salah satu jenis bunga yang boleh membantu melindungi tumbuhan daripada serangga perosak adalah bunga Turnera berwarna kuning.

Tip menarik ini dikongsi oleh seorang pengguna TikTok (@m.anem.hosnan.tik).

Beliau menyatakan bahawa serangga musuh semula jadi tertarik kepada bunga berwarna kuning dan putih.

Ini kerana kebanyakan serangga hanya boleh nampak warna-warna terang macam kuning, biru, merah, dan lain-lain.

Jadi, bila pokok bunga Turnera mekar antara jam 9 hingga 11 pagi, serangga-serangga yang merosakkan akan datang untuk mengambil nektar dan serbuk bunga.

Selepas itu, pekerja boleh mulakan proses menyembur racun serangga di atas bunga tersebut.

Ini akan menyebabkan serangga yang merosakkan bunga tersebut mati kerana terkena racun.

Selain itu, menanam pokok bunga Turnera juga membantu mengurangkan bilangan serangga yang merosakkan tanaman sayur dan ladang.

Lebih penting lagi, pokok bunga Turnera merupakan satu kaedah yang berkesan untuk mengawal perosak tanaman di negara kita, menjadikannya sebagai salah satu langkah yang penting dalam penjagaan tanaman secara menyeluruh.

@m.anem.hosnan.tik

Banga tunera dan gunanya#fyp #animagrotechnology #bunga

♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Baca:

“Tak kelakar la” – Gara – gara sebuah ‘content’ libatkan anak, tindakan pelakon ini dikecam netizen

Mahu tampil bersemuka, Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati?

Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?