Siapa tak suka berbelanja, kan? Terutama golongan muda yang baru mula bekerja. Setiap kali dapat gaji, keinginan untuk berbelanja memuncak, ingin membeli ini dan itu…
Walaupun gaji mencukupi untuk keperluan, tetapi kerana ingin memberi ganjaran diri selepas bekerja keras, ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk sesuatu yang diidamkan.
Belum lagi urusan hiburan, seperti menonton filem, konsert, atau bercuti yang sanggup dilakukan walaupun perlu mengurangkan belanja makan.
Ini semua demi mengekalkan gaya hidup dengan rakan-rakan. Bukanlah salah untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri, tetapi penting untuk diingatkan agar lebih berhemat dalam berbelanja.
Namun, tahukah anda bahawa wang yang digunakan sebenarnya boleh digunakan untuk keperluan lain, terutamanya dalam keadaan darurat?
Bayangkan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku semula, apa yang akan anda lakukan? Gaji dipotong separuh atau mungkin kehilangan pekerjaan.
Masa itulah anda baru akan memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan dan komitmen bulanan yang sedia ada.
Oleh itu, adalah penting untuk menguruskan dan mengawal belanja agar tidak terkesan kemudian hari.
Tunggu apa lagi, mari kita kongsi beberapa tips yang boleh anda praktikkan.
Tip 1: Memiliki Tabung Kecemasan
Sebelum memberikan tip, anda perlu tahu bahawa dalam keadaan genting seperti Covid-19, tabung kecemasan adalah penting! Semasa PKP, ramai yang menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bertahan semasa pandemik.
Adakah wang itu digunakan untuk tujuan yang betul atau hanya kerana tidak mahu melepaskan peluang? Jika boleh, uruskan dengan baik, tetapi jangan keluarkan wang itu hanya untuk membeli kereta! Mulakan tabung kecemasan sekarang sebelum situasi tidak diingini berlaku.
Tip 2: Cara Memulakan Tabung Kecemasan
Bagaimana untuk memulakan tabung kecemasan? Pertama sekali, rekodkan setiap perbelanjaan dalam buku kecil untuk mengawal perbelanjaan harian.
Anda juga boleh gunakan aplikasi mudah alih seperti Monefy: Money Tracker. Selain itu, anda boleh memulakan tabiat simpanan dari rumah. Ini mungkin kelihatan sukar, tetapi ia berguna untuk persediaan masa depan anda.
Tambah pula, anda boleh menyimpan wang mengikut trick hari genap dan ganjil.
Contohnya, pada hari genap (Selasa, Khamis, dan Sabtu), anda boleh menyimpan RM20 sehari, manakala pada hari ganjil (Isnin, Rabu, Jumaat, dan Ahad), anda boleh menyimpan RM5 dalam satu sampul.
Jika konsisten, anda boleh menyimpan RM50 seminggu. Cuba bayangkan berapa jumlah simpanan setelah sebulan?
Jika tidak mampu menyimpan sejumlah itu, mungkin anda boleh memulakan dengan RM1 sehari.
Lebih penting, asingkan sebahagian daripada gaji anda untuk disimpan dalam tabung kecemasan.
Tip 3: Mengetahui Kepentingan Tabung Kecemasan
Pastikan anda tahu sebab utama mengapa anda memerlukan tabung kecemasan. Berapa jumlah yang perlu ada dalam tabung kecemasan?
Ada yang kata setara dengan 6 bulan gaji, ada yang kata minimum 3 bulan gaji. Tetapi yang paling penting, pastikan anda mempunyai niat yang betul sebelum memulakan.
Tip 4: Ubah Gaya Hidup
Ubah gaya hidup dari FOMO (Fear of Missing Out) kepada JOMO (Joy of Missing Out). Kurangkan belanja dan kawal nafsu untuk mengekalkan gaya hidup.
Ingatlah, belanjakan mengikut kemampuan sendiri dan jangan terlalu terpengaruh dengan gaya hidup orang lain, terutamanya di media sosial. Selain itu, kurangkan pembelian secara dalam talian, termasuk pembelian makanan.
Bayangkan hasilnya jika anda mengubah cara hidup anda.
Jadi, mari ubah tabiat berbelanja kita dan memulakan persediaan untuk masa depan yang lebih baik!
BACA: Ramai mencari bagaimana cara mohon ‘Fleet Card Diesel’, ikuti cara ini pasti lulus