Realtime website trackingweb stats

Boleh pula buang ‘pampers’ anak di air tejun, ini 10 fakta tentang sungai di negara kita wajib tahu

Oleh NURAIMAN

Tentu ada yang pernah mengalami situasi jijik apabila sedang berendam dalam sungai atau air terjun tiba-tiba ‘didatangi’ pampers terpakai yang dibuang individu tidak bertanggungjawab.

Sempena Hari Sungai Sedunia bertemakan ‘Laluan Air Dalam Komuniti Kita’, ada baiknya kita mengetahui fakta penting berkenaan sungai di Malaysia.

Untuk info, Hari Sungai Sedunia diraikan pada minggu terakhir bulan September setiap tahun bagi tujuan kesedaran melindungi sungai.

Berikut 10 fakta wajib anda tahu tentang keadaan sungai di negara kita:

Boleh pula buang 'pampers' anak di air tejun, ini 10 fakta tentang sungai di negara kita wajib tahu

1. Sebanyak 42 peratus lembangan sungai di Malaysia dikelaskan sebagai sungai tercemar dan lima peratus lagi dikategorikan sebagai tercemar teruk.

2. Kemerosotan kualiti air sungai membimbangkan kerana sungai-sungai yang dikategorikan sebagai tercemar tidak banyak berubah sejak tahun 2005! – Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, UKM (2019)

3. Kira-kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun sekaligus mengundang krisis air di Malaysia. (2014)

4. Ada enam kelas sungai dikategorikan Jabatan Alam Sekitar (JAS):
– Kelas 1 (Dalam keadaan semulajadi)
– Kelas 2A (Air memerlukan rawatan konvensional)
– Kelas 2B (Air boleh digunakan untuk rekreasi)
– Kelas 3 (Air memerlukan rawatan intensif)
– Kelas 4 (Hanya untuk tujuan pengairan)
– Kelas 5 (Air yang tercemar teruk) – sungai ‘mati’

5. 25 sungai di Malaysia dikategorikan sebagai ‘mati’ melibatkan 16 sungai di Johor, Selangor (5), Pulau Pinang (3) dan Melaka (1). (2019)

6. Lima sungai paling teruk tercemar di negara ini: Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru.

7. Di Kedah, Sungai Petani menjadi sungai paling tercemar sejak 20 tahun lalu dengan air bertukar menjadi hitam dan berbau busuk akibat dicemari dengan sampah, air kumbahan dan sisa minyak dari kawasan perumahan, industri, premis perniagaan serta bengkel membaiki kenderaan. – Pegawai Luar Bandar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Yusuf (2021)

8. Lebih 80 peratus sungai di bandar-bandar utama di Malaysia boleh dianggap sungai ‘mati’ akibat pencemaran terutamanya sisa industri yang semakin meningkat setiap tahun.

9. Kira-kira 200 nelayan pantai di Kampung Permatang Tepi Laut di Bayan Lepas, Pulau Pinang terjejas mata pencarian akibat pencemaran sungai di situ sejak beberapa tahun lalu.

10. Semua 492 batang sungai dengan panjang keseluruhannya 3,769.8 km di Negeri Sembilan berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada pencemaran – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. (2019).

Baca:

Pulau yang makin tenggelam, jiwa pelaut sejati tak gentar, rupanya ini sebab penduduk enggan berpindah

Anak patung ditangkap dan digari, ‘Chucky’ rupanya dipuja takutkan orang ramai

‘Hiking’ di G7 dan G12? Mungkin satu hari nanti anda juga bakal menjejakkan kaki ke sana