Apabila hari terlalu panas, kita pasti akan mencari air sejuk untuk diminum.
Selalunya, kita minum air kosong, tetapi kali ini, mari mencuba air timun selasih yang menyegarkan.
Jika dapat minum segelas air ini, pasti anda akan merasa ‘fresh’!
Yang penting, cara membuatnya sangat mudah dan ringkas, sesuai dibuat oleh sesiapa sahaja.
Bahan utama yang anda perlukan hanyalah serbuk agar-agar, timun, selasih, bahan perasa, dan beberapa bahan lain yang senang didapati.
Jika anda berminat untuk mencubanya, mari ikuti resipi lengkap untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya.
RESEPI AIR TIMUN SELASIH
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 peket serbuk jelly kosong
- 1/2 peket agar-agar kosong
- 100 gram gula
- 450 ml air
- 250 gram timun batang (kupas kulit dan parut)
- 1 sudu makan selasih (rendam air panas
- Perasa tembikai, tembikai susu atau apa-apa jus bersesuaian
- Ais
Cara penyediaan:
1. Masakkan serbuk jelly, agar-agar, gula, dan air hingga mendidih. Setelah itu, biarkan campuran itu sejuk dan tunggu sehingga ia menjadi keras. Setelah keras, anda boleh memarutnya.
2. Kemudian, gabungkan agar-agar yang telah diparut tadi dengan bahan-bahan yang lain.
Bersedia untuk disajikan, selamat mencuba!
Baca:
‘Mengamuk macam orang kena rasuk pukul 1 pagi’ – Yana masuk wad pasal perangai anak
Masih misteri, tiba-tiba muncul ‘ahli keluarga’ Azar Azmi dedah rupanya dia dah…