Realtime website trackingweb stats

Betul ke makan paracetamol boleh rosak buah pinggang, ini penjelasan pakar

Oleh ABDULLAH HAMID

Ubat Paracetamol digunakan secara meluas di negara ini untuk merawat penyakit ringan seperti demam dan sakit kepala.

Namun, ada juga yang khuatir untuk menggunakannya selepas terdedah kepada pelbagai teori dan dakwaan, termasuk kemungkinan ia boleh merosakkan buah pinggang.

Ada yang turut mendakwa bahawa sebatian dalam ubat ini boleh kekal dalam badan pesakit selama lima tahun.

Pempengaruh kesihatan, Dr. Samhan, menjelaskan bahawa Paracetamol adalah ubat demam (antipiretik) dan ubat tahan sakit (painkiller)

yang paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu, serta warga emas.

Betul ke makan paracetamol boleh rosak buah pinggang, ini penjelasan pakar

Berapa dos yang disarankan?

Untuk dewasa: Dua biji setiap enam hingga lapan jam sekali, dengan maksimum 4 gram sehari.

Untuk kanak-kanak: Sirap Paracetamol sebanyak 15 miligram (mg) per kilogram (kg) berat badan setiap enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali) sehari.

Suppositori Paracetamol (ubat peluru, dimasukkan melalui rektum): 30 mg per kg setiap enam jam sekali (maksimum 5 gram sehari).

Bentuk intravena: 1 gram secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari empat jam sekali; maksimum 4 gram sehari).

Berapa dos yang boleh merosakkan hati?

Dos minimum yang boleh menyebabkan kesan toksik Paracetamol adalah:

Dewasa: 7.5-10 gram (20 biji) dalam satu dos (satu pengambilan).

Kanak-kanak (1-6 tahun): 200 mg/kg dalam satu dos (satu pengambilan).

BACA: Jarang guna tapi nak tahan lama sampai sebulan dalam peti sejuk, ini cara betul simpan cili