Gaya seorang kanak-kanak lelaki menyanyikan lagu ‘Cinta Melankolia’ dengan penuh perasaan menarik perhatian orang ramai di media sosial.
Dia dilihat bersahaja ketika menyanyi di sebuah kawasan perniagaan gerai diiringi kumpulan pemuzik jalanan.
Rata-rata memuji persembahan budak berkenaan ketika mendendangkan lagu nyanyian asal Allahyarham A’an atau nama sebenarnya, Imran Sulaiman itu.
Menerusi klip video yang tersebar, si cilik itu dilihat menyanyi bersungguh-sungguh dan mengikut tempo sampai keluar urat dia.
Malah, ada yang mengusik dia begitu bersemangat kerana memakai baju-T tertera lambang pasukan bola sepak Johor.
Menariknya juga, aksi tangan dan jari kaki juga mengikut rentak lagu seperti gaya penyanyi profesional.
Tidak hairanlah ada berpendapat budak berbakat besar itu boleh pergi jauh dalam dunia nyanyian.
Warganet berpendapat kanak-kanak itu lebih layak untuk menyertai pertandingan mencari bintang oleh stesen-stesen penyiaran.
Aksi kanak-kanak hebat berkenaan sudah pun mendapat lebih 55,000 tontonan setakat 10 Januari.
“Amboi dik. Siapa yang sakitkan awak ni dik. Betul-betul layan perasaan ya.
“Comel je tangan tu eh, kemain hihihi.
“Tak lari tempo… lagi best dari sesetengah artis baru.
“Confirm bapak dia sokmo layan lagu slow rock dalam kereta.
“Jari kaki jaga tempo. Mantap dik. Ada bakat ni… boleh ke HMI.
“Tiada lagi gentar kepada siapa yang menyarung jersi @OfficialJohor,” demikian antara komentar warga maya.
Untuk rekod, lagu dan lirik ‘Cinta Melankolia’ yang ditulis oleh Mohd Khair Mohd Yasin ini terkandung dalam dalam album Pulang.
A’an meninggal duia pada 2012 pada usianya 51 tahun akibat serangan jantung dan strok.
Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Skesyen 21, Shah Alam. AL-FATIHAH buat arwah.
Amboi dik. Siapa yang sakitkan awak ni dik. Betul-betul layan perasaan ya😂
🎥 : goji_guarana pic.twitter.com/OXZkmZzYvO
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) January 9, 2024
Baca:
Ada kelainan jejak Perlis 1 Februari nanti, ini negeri ke-4 wajibkan tulisan jawi